3fec51c9-12ae-4502-895f-4d2392d22594 (1)

Petaling Jaya – Huawei telah mengumumkan kemasukkan telefon kelas pertengahan baharu untuk peminat jenama ini dalam pasaran Malaysia. Siri Huawei Nova 11 terdiri daripada dua ahli yang berbeza daripada segi spesifikasi. Dua ahli tersebut antaranya; Huawei Nova 11 dan Huawei Nova 11 Pro.

Bermula dengan Huawei Nova 11, ia hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar sentuhan 300Hz dengan resolusi FHD+ 2412 × 1084 pixel dengan rekaan yang leper dengan kadar segar semula 120Hz namun tiada lapisan Kunlun Glass disertakan.

Telefon pintar ini juga dikuasakan cip Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya tampil dengan antaramuka EMUI 13 yang membawakan HUAWEI Mobile Services dan turut mempunyai akses kepada aplikasi Google terus dari AppGallery.

nova 11 memiliki sensor utama Ultra Vision 50MP dengan AIS dan sensor ultrawide makro 8MP. Kamera selfie adalah tumpuan utama telefon pintar ini dimana ianya tampil dengan sensor utama 60MP dengan teknologi XD Portrait.

Dalam pada itu, nova 11  mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh bersama teknologi pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge Turbo. HUAWEI nova 11 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black pada harga RM 2,199.

Untuk Huawei Nova 11 Pro pula, ia hadir dengan paparan OLED 6.78 inci yang sedikit lebih besar dengan resolusi 2652 × 1200 dan kadar segar semula dan kadar sentuhan yang sama. Peranti ini juga menggunakan paparan OLED yang melengkung di sekeliling sisi peranti ini.

Ia juga mempunyai spesifikasi dalaman yang sama dengan Huawei Nova 11, tetapi rekaan belakang yang berbeza, di mana Huawei Nova 11 hadir dengan rangka plastik, tetapi untuk Huawei Nova 11 Pro pula, ia menggunakan vegan leather.

HUAWEI nova 11 Pro menampilkan rekaan yang premium iaitu dengan panel belakang Monogram Vegan Leather dan ianya dikuasakan cip Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya tampil dengan antaramuka EMUI 13 yang membawakan HUAWEI Mobile Services dan turut mempunyai akses kepada aplikasi Google terus dari AppGallery.

nova 11 Pro memiliki sensor utama Ultra Vision 50MP dengan AIS dan sensor ultrawide makro 8MP. Kamera selfie adalah tumpuan utama telefon pintar ini dimana ianya tampil dengan sensor utama 60MP + 8MP dengan teknologi XD Portrait.

Dalam pada itu, nova 11 Pro mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh bersama teknologi pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0.

HUAWEI nova 11 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black pada harga RM 2,599, jualan akan bermula pada 27 Julai dengan setiap pembelian akan menerima HUAWEI Band 7 (RM 219).

Siri Huawei Nova 11 Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada 27 Julai ini.

Sementara itu, HUAWEI turut melancarkan HUAWEI MatePad Air: 8GB 256GB, LTE (RM2,799) dan HUAWEI MatePad 11.5-inch: 6GB 128GB, WiFi (RM1,499)/ 6GB 128GB, LTE (RM1,699) khas untuk golongan profesional.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading