IMG_0401

Petaling Jaya – Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya. Kesemua inisiatif ini bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’.

Kempen ‘Together for Tomorrow’ yang berlangsung selama enam hari bermula 4 hingga 9 Julai di IPC, Mutiara Damansara itu bukan sahaja mendekatkan orang ramai dengan rankaian produk Kao, tetapi lebih memfokuskan tentang memelihara dan memulihara alam sekitar dengan mengetengahkan corak kelestarian kehidupan dengan menekankan penggunaan barangan kitar semula.

Toru Nishiguchi, Pengarah Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation berkata; dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, kehidupan masyarakat yang pelbagai, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan. Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami.

“Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran” jelasnya.

Dengan Pelan Kirei Lifestyle yang dibawa oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya, pelbagai inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, telah diperkenalkan. Matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air.

Setakat ini, Kao berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Visi Kirei Lifestyle KAO juga turut menangani keperluan kesihatan awam serta sosial yang pelbagai.

Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Bioré Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek #Guard Our Future, satu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip ‘Melindungi Kehidupan Masa Depan’. Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. #Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat.

Dalam masa sama, Kao turut mengambil inisiatif memperkasa golongan wanita seluruh dunia. Usaha Kao dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia. Sebagai contoh, Kao menerajui bengkel Yakinlah Menjadi Remaja sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid.

“Berdasarkan nilai teras kami dalam menempuh jalan dengan integriti, dan juga menghormati hak asasi manusia, Kao telah mewujudkan dasar kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dengan tujuan membenarkan nilai dan bakat individu terserlah.

“Khususnya, Kao percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk syarikat berkembang, memandangkan kepelbagaian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam modal insan. Berdasarkan idea ini, kami komited menerajui bidang ini dengan inisiatif yang termasuk pembangunan pemimpin masa depan dan menyediakan sokongan untuk mengimbangi tanggungjawab pekerjaan dengan keperluan menjaga rumah tangga.” tambahnya lagi.

Baru-baru ini, program tersebut telah diperluaskan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai faktor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita. Kempen yang dimaksudkan adalah ‘Laurier School of Confidence’, inisiatif ini bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan dengan RM1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle. Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9 hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.

Kao juga komited meneruskan kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hayat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buatan sehingga kepada pelupusan sisa.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading