Ampang – Penyanyi rap yang poplar dengan lagu Budak Baru Nak Up, Madrizal, 29, sah bercerai talak satu dengan isterinya Nurfazilah Mohd Ali, 38, pada jam 12.48 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.
Penceraian itu dilafazkan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Siti Rashidah Sarkom, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai.
Madrizal dan isteri mengambil keputusan berpisah melalui cerai ‘fast track’ apabila rumah tangga mereka menghadapi kemelut lebih satu tahun.
“Kami sudah cuba yang terbaik untuk berdamai, tetapi tidak okey juga. Akhirnya kami putuskan untuk berbincang dan bercerai secara sah.
“Kami sudah setahun lebih tiada persefahaman. Cuba berbaik juga, tetapi biasalah dia tak faham dan saya pun tak faham dan sering bertelagah.
“Tiada orang ketiga dalam perkara ini,” katanya.

Mad Rizal yang juga pengusaha sebuah jenama pomade memberitahu, penceraian adalah jalan terbaik setelah gagal mempertahankan mahligai yang dibina sejak tahun 2019.
Ditanya mengenai hak penjagaan anak, bekas isterinya itu menjelaskan, Madrizal boleh datang melawat satu-satunya anak perempuan mereka, Leyla Qassandra yang kini berusia setahun lima bulan pada bila-bila masa sahaja.
“Tiada sekatan apa-apa. Kita sudah berbincang dengan baik. Bayaran edah untuk saya pun dipersetujui bersama.
“Jadi kami tak failkan ke atas apa-apa. Berkenaan hal anak mungkin kita akan failkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam lepas dapat sijil cerai dalam tempoh 21 hari daripada tarikh perceraian,” katanya.
Berkenaan harta sepencarian seperti perniagaan pomade yang diusahakan bersama, kata Nurfazilah pembahagian cawangan diselesaikan secara baik.
“Kami dah berbincang secara baik. Kami tak kacau bahagian masing-masing kerana saya urusakn cawagan di Seremban dan Melaka manakala Mad yang lain seluruh Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Madrizal mengakui sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi, namun akur dengan ketentuan takdir.
Madrizal yang juga anak didil Cat Farish turut popular dengan lagu Sembang, Potong Tang Corner, Celup, Mamasita dan Besar Kepala.
