Dua gabungan politik gergasi negara, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama buat julung kalinya di bawah khemah ‘Kerajaan Perpaduan’ bagi meraih undi pada PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Kelantan telah bersedia untuk mengumumkan calon selepas melalui beberapa siri perbincangan.