MTXX_PT20230727_030818590

Kuala Lumpur – Samsung memperkenalkan telefon pintar boleh lipat terbaharu, Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 dengan mengekalkan harga yang hampir sama tiga tahun berturut-turut dalam usaha mencabar penguasaan Apple dalam pasaran premium.

Pengeluar telefon pintar terbesar dunia itu merintis segmen berkenaan pada 2019, berharap ia akan dapat menarik pengguna yang mahukan skrin lebih besar bagi melihat kandungan, manakala paparan boleh lipat menjadikan saiz keseluruhan telefon sedemikian adalah kompak.

Samsung Galaxy Z Fold5

Telefon pintar boleh lipat masih lagi menjadi kategori produk yang khusus, merangkumi hanya lima peratus pasaran telefon pintar premium global, walaupun sektor itu berkembang dengan pesat daripada hanya 0.3 peratus pada 2019, menurut firma penyelidikan Counterpoint.

Samsung, yang menerajui segmen itu dengan 63 peratus penguasaan pasaran pada suku pertama tahun ini, menyasar untuk mempercepatkan trajektori pertumbuhan dengan pelan harga yang agresif dan pelancaran lebih pantas.

Samsung Galaxy Z Flip5

Samsung hari ini menetapkan harga Galaxy Z Flip5 pada AS$999.99 (RM 4,499), manakala Galaxy Z Fold5 bermula daripada AS$1,799.99 (RM  6,799) iaitu varian 12/256GB.

Ia menjadikan Flip5 lebih nipis berbanding model tahun lalu dengan menambah baik engsel dan membesarkan skrin penutup kepada 3.4 inci, menambah lebih banyak kapasiti bagi berinteraksi dan keupayaan dipertingkatkan untuk mengambil swafoto dengan kamera utama.

Samsung Fold5 dengan skrin 7.6 inci, lebih ringan dan nipis berbanding model tahun lalu, menyediakan kebuk wap lebih besar untuk mengurus haba dengan lebih baik semasa bermain permainan atau melakukan berbilang tugas dan ‘stylus’ 41 peratus lebih nipis.

Kedua-dua model menggunakan set cip Snapdragon 8 Gen 2 daripada Qualcomm.

Dalam masa sama, Samsung turut merasmikan Samsung Galaxy Tab S9 Series mempunyai tiga model iaitu Galaxy Tab S9, Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra yang mana kesemua model ini mempunyai penarafan IP68 dan S-Pen yang turut menerima penarafan IP68 .

Harga Samsung Galaxy Tab S9 Series

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra, Tab S9+ dan Tab S9 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 18 Ogos pada harga seperti berikut :

  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G 512GB – RM 7,149
  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G 256GB – RM 6,649
  • Galaxy Tab S9 Ultra Wi-Fi 512GB – 6,499
  • Galaxy Tab S9 Ultra Wi-Fi 256GB – RM 5,999

* semua Galaxy Tab S9 Ultra disertakan dengan papan kekunci.

  • Samsung Galaxy Tab S9+ 5G 512GB + papan kekunci – RM 5,849
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Wi-Fi 512GB + papan kekunci – RM 5,199
  • Samsung Galaxy Tab S9+ 5G 256GB – RM 5,249
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Wi-Fi 256GB – RM 4,599
  • Samsung Galaxy Tab S9 5G 256GB + papan kekunci – RM 4,849
  • Samsung Galaxy Tab S9 Wi-Fi 256GB + papan kekunci – RM 4,199
  • Samsung Galaxy Tab S9 5G 128GB – RM 4,349
  • Samsung Galaxy Tab S9 Wi-Fi 128GB – RM 3,699

Samsung juga turut memperkenalkan  jam pintar terbaru syarikat ini iaitu Samsung Galaxy Watch6 Series.

Samsung Galaxy Watch6  hadir didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm manakala Samsung Galaxy Watch6 Classic pula tampil didalam saiz 43mm dan 47mm.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch 6 Classic juga tampil dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan nipis berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut dilapisi gelas sapphire crystal dengan pensijilan kali air 5ATM dan IP69 serta MIL-STD-810H.

Kesemua produk diatas telah mula dengan pra- tempahan bermula 26 Julai 2023.

Leave a Reply