8ce4eddb-4e06-4994-83ee-a87ce027e29d

Shah Alam – Memfokuskan kemudahan orang ramai dalam permohonan pinjaman dan semakan penyata bank, tiga syarikat memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama strategik untuk menawarkan perkhidmatan kewangan secara inovatif kepada rakyat Malaysia.

CTOS Data System Sdn. Bhd,  Erbee World dan CelcomDigi menerusi kerjasama strategik memperkenalkan aplikasi  kewangan mudah alih pertama, LULUS di negara ini sebagai platform yang memudahkan pengguna tanpa perlu pergi ke bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Erbee World Bhd. Datuk Muhammad Amir Abdullah berkata, sebanyak 21 bank, syarikat fintech dan bio kredit dijangka terlibat menerusi pengenalan sistem ini untuk memberi perkhidmatan masing-masing.

Jelasnya, walaupun MoU itu membawa bersama tiga entiti berbeza, tetapi masing-masing berkongsi hasrat yang sama untuk mengubah landskap perkhidmatan kewangan di Malaysia.

“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.

“Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.

“Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan RM10 juta transaksi menerusi aplikasi ini,” katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), di sini pada Khamis.

Tambahnya lagi, pihaknya menetapkan sasaran sebanyak 0.5 peratus daripada 33 juta rakyat Malaysia akan menggunakan aplikasi ini. Aplikasi Lulus ini bakal dilancarkan secara rasmi November ini dan untuk tahun pertama.

Turut menyaksikan MoU itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan disamping merasmikan aplikasi LULUS ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading