2ebed1bd4ea0d323764caeb3b9b47a5e

Kuala Lumpur – Penyokong ‘Bossku’ mengesahkan akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menjelaskan, pihaknya memohon satu manifesto untuk dibawa ke Parlimen jika PN memenangi PRU nanti.

Antara kandungan manifesto yang diminta itu mengandungi tiga teras utama.

Antara permohonan manifesto yang disebut antaranya adalah; memohon gaji pokok bagi kesemua pekerja rider E-hailing dan P-hailing selain itu diberikan caruman kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan PERKESO bagi memudahkan mereka memohon pinjaman perumahan dan sebagainya.

Jelasnya lagi, khairat kematian bagi orang islam dan bukan islam juga perlu dinaikkan ke jumlah RM3000 disamping menyediakan satu lot tanah perkuburan percuma bagi masyarakat cina dan india.

“Kaum cina dan india juga rakyat Malaysia, jadi saya mohon dalam manifesto itu nanti bagi mana-mana calon PN yang menang untuk menyediakan tanah perkubran percuma” ujarnya.

Selain itu, keadaan jalan raya yang diselenggara pihak berkuasa tempatan perlulah dinaik taraf dan dibaiki bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat pada masa kini.

“Banyak jalan raya yang rosak dan janganlah tampal-tampal sahaja, ramai anak muda yang meninggal mati katak diluar sana, tolong perbetulkan isu ini.

“Kami tidak meminta pekerjaan pun dari ampa, walaupun kadar pengangguran banyak dari dulu tetapi pandanglah apa yang kami minta ini sebagai satu keperluan rakyat” katanya dalam sidang media di Sahara Tent, Ampang.

Mengulas lanjut, Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu berkata dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri nanti.

Beliau menambah, jika keadaan itu berlaku, ia akan memberi kesan kepada kemenangan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya tersebut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading