DSC02745

Kuala Lumpur – Tiga individu orang kelainan upaya (OKU) dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 dalam Pusingan Akhir Program Liga Usahawan OKU Malaysia yang berlangsung di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada Khamis.

Program tersebut telah dibangunkan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Selangor Youth Community (SAY) dan disokong oleh Yayasan Hasanah.

Tengku Amir Shah yang mencemar duli menghadiri majlis anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Hasanah di Hotel Sunway di sini hari ini.

Baginda turut menjadi juri bersama empat yang lain yang mendengar pembentangan perniagaan daripada 10 usahawan selama tiga jam, seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Usahawan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami kecacatan fizikal kekal, Nor Zaidah Ab. Rahman dipilih sebagai Ikon Usahawan Selangor Youth Community (SAY) Lead Pro 2023.

Nor Zaidah yang mengusahakan produk batik dan tanjak menerusi jenama Zai Collection telah mengalahkan sembilan pencabar yang lain.

Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Lailatol Mawa Mohd Noh yang juga usahawan cenderamata dan tempat ketiga milik usahawan minyak wangi, Nurzakiah Dzulkifli.

Ketiga-tiga usahawan OKU itu telah membawa pulang trofi dan geran tambahan sebanyak RM2,000.

Melalui program ini para pemenang dapat mengembangkan perniagaan menerusi akses pasaran baharu dan eksport.

Liga Usahawan OKU Malaysia merupakan inisiatif SAY, sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan Tengku Amir Shah. Ia disertai usahawan cacat fizikal, autisme, pekak, buta dan mental dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Menurut Pengurus Projek Liga Usahawan OKU Malaysia SAY, Abdul Azim Naim Rahman, program liga usahawan itu bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi golongan berkenaan agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan.

“Seterusnya kita ingin mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat.

“Terdapat empat fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation, Sustainability dan Giving Back to Society.

“Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan, penglibatan mentor daripada industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, program tersebut bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi dan mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat.

Peserta kemudian diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading