MTXX_MH20230729_163258844

Kuala Lumpur – Fabulove Sisters Empire, syarikat pengeluar produk kecantikan jenama tempatan iaitu Kyut Skin terus melakar sejarah dengan melancarkan dua lagi produk baharu yang kini mendapat sambutan luar biasa bagi pengguna produk organik.

Dua produk tersebut adalah gel pelembap kulit Moist dan penyembur muka Glowy.

Sebelum ini, jenama yang diasaskan dua beradik itu telah mendapat pelbagai pengiktirafan apabila menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera dan diikuti Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stik pelindung matahari.

Pengasas bersama syarikat yang juga adik-beradik, Nur Fathin Zulaikha Sabri, 25, dan Nur Fathini Khalillah, 22, berkata, kejayaan itu telah membuktikan jenam Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit di pasaran negara ini.

Beliau berkata, salah satu aspek yang dititik berat adalah komitmen syarikat terhadap ketelusan dan ujian yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi.

“Sebelum melancarkan produk, jenama ini menjalankan ujian logam berat, ujian SPF, ujian mikrobiologi, dan ujian kestabilan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk syarikat.

“Antara perkara yang membezakan Kyut Skin daripada jenama tempatan lain adalah pendekatan teliti terhadap formulasi produk apabila  telah mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran.

“Bahkan pergi ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih bagi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi,” katanya.

Sebagai perancangan masa depan, Nur Fathini Khalillah atau lebih dikenali Ninie Comei berkata, mereka bakal membuka Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang sekurang-kurangnya pada tahun hadapan bagi merancakkan ekonomi dan peluang pekerjaan penduduk setempat.

“Kyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi misi kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.

“Kami sentiasa merangka perancangan rapi untuk lebih maju bukan sahaja dalam bidang pemasaran dan produk, tetapi pelbagai bidang lain juga dengan positif” ujarnya dalam sidang media selepas majlis pelancaran di Wisma Ninie Comei, Ampang.

Nur Fathin Zulaikha Sabri juga turut menambah, sasaran jualan sehingga penghujung tahun ini sebanyak RM3 juta dan tambahan 4 produk lagi yang masih dalam perancangan.

“Kami sasarkan mengeluarkan 8 jenis produk, untuk sekarang ada 4 produk dan InsyaAllah 4 lagi produk pada tahun hadapan.

“Bagi sasaran jualan, kami target capai RM3 juta sehingga hujung tahun ini dan yakin mampu dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi” jelasnya.

Kyut Skin setakat ini masih dalam perancangan untuk melantik duta produk samada dari kalangan selebriti mahupun pempengaruh media sosial.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading