MTXX_MH20230802_023845775

Petaling Jaya – Teater kompilasi Mono 4 Rantaian yang berkisarkan kisah masyarakat mengangkat naskah terbaik lakonan berwibawa empat kemudi pentas teater yang cukup berpengalaman. Gabungan empat kisah ini yang dibawa dalam satu pentas dipersembahkan oleh Kumpulan Teater Aspirasi merupakan teater monolog kedua daripada tujuh pementasan keseluruhannya.

Mono 4 Rantaian ini mengangkat emapat naskah antaranya; Piala Untuk Ayah, Hutang, Benang Arang dan Aguk. Setiap naskah mempunyai kisah yang menyentuh mengenai hidup masyarakat Malaysia dan dikuatkan dengan mesej tauladan yang boleh diteladani.

Antara pelakon yang membarisi pementasan ini sperti Azhar Jalil, Suky San, Anuar Hashim dan Fazreen. Teater ini bakal dipentaskan di Revolution Stage, Damansara pada 2 hingga 6 Ogos 2023 pada pukul 9 malam manakala untuk 5 dan 6 Ogos akan dibuat dua kali pementasan iaitu pada pukul 3 petang dan 9 malam.

Menurut Pengurus Produksi, Suky San, teater monolog amat kurang mendapat tempat dikalangan masyarakat namun percaya dengan promosi dan pengenalan yang kuat pastinya mampu memupuk orang ramai menontonnya.

“Benar, teater monolog agak kurang diminati namun masih ada yang berminat untuk menonton, dan itu membangkitkan lagi semangat kami di pentas teater.

“Kebanyakkan teater monolog mengupas isu masyarakat yang lazim berlaku di kalangan kita dan karya ini dipastikan ada mesej dan nasihat yang boleh disampaikan untuk membina jati diri dan memupuk kehidupan yang lebih harmoni” katanya selepas majlis pra tonton pementasan teater disini hari ini.

Jelasnya lagi, tujuan mono teater ini dilakukan agar dapat menarik minat masyarakat terhadap seni teater seterusnya mencintai salah satu cabang seni yang semakin jauh dari hati masyarakat.

Beliau turut berharap dengan kejayaan teater Mono 4 Rantaian ini mampu membuka peluang untuk lebih jauh dan menghasilkan karya-karya terbaik selepas ini.

“Impian kami untuk road tour seluruh Lembah Klang untuk mempromosi teater monolog agar dapat membuka mata lebih ramai masyarakat.

“Kita sedia maklum masyarakat semakin memadang sepi terhadap seni teater, tujuan utama mono ini dijalankan untuk menarik minat penonton untuk menonton teater ini jadi kami menghidangkan sketsa pendek agar lebih menarik perhatian dan tidak membosankan kepada para penonton” ujarnya lagi.

Bagi orang ramai yang ingin menonton, boleh dapatkan tiket berharga RM35 di https://www.ticket2u.com.my/event/31742/mono-4rantaian?fbclid=IwAR2sa2gDutIb04FfCHwfi79W4Om7AqOG1F89S_x6YZIfIqX4AawGRRcRNls, atau boleh hubungi Suky 012 317 0618 untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading