hh

GEORGE TOWN – Seramai 11,294 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, Selasa ini.

Jurucakap Media PRN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, SAC W.Pusphanathan, berkata daripada jumlah itu, seramai 6,451 adalah pengundi awal membabitkan pegawai dan anggota polis dan pasangan manakala selebihnya iaitu 4,843 pula pegawai dan anggota tentera dan pasangan.

Beliau berkata bagi pegawai dan anggota polis Kontijen Pulau Pinang, mereka akan melaksanakan undian awal di 28 pusat mengundi di seluruh negeri.

Beliau berkata bagi pegawai dan anggota polis Kontijen Pulau Pinang, mereka akan melaksanakan undian awal di 28 pusat mengundi di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading