IMG1-51

Kuala Lumpur -Sekali lagi Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru telah kembali dengan sebuah lagi naskah filem terbaharu berjudul ADOIII JIWAKU.

Filem ini bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini. 

Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon handalan tanahair seperti Steve Yap, Ali Arami, E. Ramanamohan, Amber Chia, Allahyarhamah Adibah Nor, Daniel Sher, Anuar Abd Hamid dan ramai lagi.

Mengambil inspirasi daripada filem Sepet, filem Adoiii Jiwaku dihasilkan bagi menonjolkan keunikan kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarahnya, Steve Yap berkata, filem ini tiada niat menyinggung mana-mana pihak ataupun mewujudkan persepsi perkauman, namun ia berkisar dari realiti sebenar kehidupan majmuk rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia sememangnya hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang persengketaan namun adakalanya keharmonian itu dipisahkan oleh ketaksuban politik yang menyebabkan wujudnya sifat racist diantara kita.

“Biarpun ini kisah komedi, susunan plot serta mainan babak serta perwatakan mempunyai signifikasi supaya penonton memahami penceritaan serta mesej ingin disampaikan” katanya dalam sidang media Malam Gala tayangan filem ini malam tadi.

Jelasnya, beberapa dialog yang disusun dalam filem ini turut menggunakan beberapa perkataan yang dianggap keterlaluan seperti ‘Keling, Cina babi, Melayu rasuah dan pelbagai lagi.

“Perkataan itu memang agak racist jika difikirkan, tetapi dalam kehidupan harian kita gunakan apabila berbalah sesama bangsa.

“Namun, saya ingin penonton berfikir maksud yang ingin saya terjemahkan disebaliknya, ini realiti yang harus kita terima dan perbaiki untuk kehidupan bermasyarakat” ujarnya lagi.

Dalam filem yang mempromosikan keharmonian kaum itu juga, Steve turut memaparkan babak di mana, watak Ayis lakonan Ali Arami dan bapa Ayis (Anuar Abdul Hamid) memegang anjing untuk berkongsi ilmu kepada penonton bukan Islam.

Adegan tersebut bukan diselitkan sebagai cara menjual kontroversi, sebaliknya elemen itu penting bagi menjelaskan situasi sebenar secara visual.

“Hakikatnya babak pegang anjing itu bukan sengaja diada-adakan untuk memancing emosi penonton atau sebagai unsur provokasi kerana kami sangat memahami sensitiviti hidup bermasyarakat.

“Biarpun ini kisah komedi, susunan plot serta mainan babak serta perwatakan mempunyai signifikasi supaya penonton memahami penceritaan serta mesej ingin disampaikan.

“Malah kami juga merujuk kepada pakar agama agar tidak berlaku isu berbangkit di kemudian hari, selain bertanyakan persetujuan pelakon dulu sebelum membuat babak tersebut,” katanya.

Filem ini banyak mengajar penonton tentang erti setia kawan dan juga menitik-beratkan nilai murni dalam membentuk masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dengan menanamkan sikap toleransi dan kerjasama. 

Beberapa babak dalam filem ini dilihat cuba untuk menjentik jiwa penonton serta menyindir secara halus tentang budaya serta sikap sesetengah warga Malaysia. 

Setelah menonton filem ini, penonton akan terhibur dengan babak-babak lucu yang disampaikan secara bersahaja. Skrip dan dialog yang spontan juga membantu membangkitkan rasa minat penonton untuk menikmati jalan cerita sehingga ke penghujungnya. 

Sebagai tambahan, watak utama Malesh, Ayis dan Sia adalah inspirasi gabungan dari nama negara Malaysia.

Jangan lupa untuk menonton dan saksikan filem ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda 7 September nanti.

Tentang Pembikin Filem ADOII JIWAKU

Pengarah – Steve Yap
Penulis Skrip – Chan Mae Si
Pelakon
Sia – Steve Yap
Ayis – Ali Arami
Malesh – E.Ramanamohan @ Mohan
Munah – Adibah Noor Binti Mohd Omar
Sue – Amber Chia
Pablo – Pablo Amirul
Ayah – Anuar Bin Abdul Hamid

Special Appearance
Cashier – Jack Lim
Road Block Police – Chan Fong
Guru Masalah – Mark O’dea
Dato – Dennis Lau

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading