Pasta-Gigi-Raisa-Trending-di-Twitter-Berawal-dari-Unggahan-Raisa-Makan-Sambel-Pete-Ini-Kisahnya

Kuala Lumpur – Penyanyi Indonesia, Raisa bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi mengubati kerinduan dengan peminat setia. Pelantun lagu Kali Kedua akan mengadakan konsert ‘Raisa Hits Live in Concert’ pada 23 September ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, jam 8.30 malam.

Melihat perkembangan tersebut, Raisa, 32, berkata, sambutan baik yang ditunjukkan peminatnya di Malaysia membuatkan dia semakin bersemangat menampilkan persembahan terbaik, sekali gus meninggalkan kenangan terindah buat mereka.

“Saya sangat bersemangat untuk bertemu peminat di Malaysia, apatah lagi mendapat tahu tiketnya laris sekali. Ia satu kejutan dan semoga dapat membuka jalan untuk saya terus mengembangkan kerjaya di sini pada masa akan datang.

“Sebelum ini ketika menjayakan persembahan di Indonesia mahupun Singapura, ramai peminat dari Malaysia turut hadir dan mengharapkan saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana, 33, berkata sampai ada peminat baru tahu dia memiliki anak itu pun selepas berkongsinya di media sosial.

“Saya sebenarnya lega apabila ternyata peminat memang lebih menumpukan perhatian mereka kepada muzik saya. Soal peribadi saya pun terjaga rapi ketika ini.

“Bukan merahsiakan, saya berkongsi juga sekali-sekala tapi tidak berlebihan. Saya lebih suka asingkan kedua aspek itu demi pastikan ia tidak menjejas mana-mana sisi hidup saya.

“Jadi apabila ada yang baru tahu saya sebenarnya memiliki anak, saya yakin perancangan saya betul. Biarlah bersederhana saja kalau cerita mengenai keluarga,” katanya.

Untuk rekod, Raisa berkahwin dengan arkitek, pengacara dan pelakon Hamish Daud Wyllie, 43, pada 2017.

Pasangan itu dikurniakan anak perempuan iaitu Zalina Raine Wyllie, 3.

Raisa Hits Live in Concert anjuran Click Entertainment, ia bakal berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang, di sini.

Difahamkan, persembahan ini diadakan secara eksklusif untuk peminat di Malaysia yang tidak pernah putus menyokong karya seni Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana.

Tiket eksklusif ‘Raisa Hits Live in Concert’ akan mula dijual pada Jumaat ini (11 Ogos), bermula jam 11 pagi, di platform tiket https://my.bookmyshow.com/e/RAISAM23.

Harga tiket bermula dengan RM100 (CAT 5), RM200 (CAT 4), RM300 (CAT 3), RM400 (CAT 2), RM550 (CAT 1) dan RM650 untuk VIP.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading