IMG_20230903_174903

Kuala Lumpur – Sebanyak 8 buah negara menyertai kejohanan gimnastik Vivace Dream Cup 2023 dengan penyertaan seramai lebih 500 peserta dan barisan para juri dari seluruh dunia. Penganjuran kali kedua oleh Vivace Dance Academy, ditaja oleh VSchool Trend itu memasuki kali kedua selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivace Dance Academy, Corine Beh berkata penganjuran pada tahun ini disertai lebih ramai peserta berbanding tahun lepas.

“Tahun ini, negara China tidak dapat menyertai pertandingan ini kerana tarikh kejohanan bertindih dengan jadual sekolah dibuka selepas cuti, namun begitu pada tahun ini kita mencatat rekod penyertaan peserta paling ramai berbanding sebelum ini.

“Kami juga merangka mengadakan pertandingan dengan skala besar namun pada tahun depan namun perlu difikirkan tentang lokasi stadium dengan kapasiti lebih ramai dan kemudahan yang baik” katanya.

Vivace Dream Cup 2023 pada tahun ini menyaksikan penyertaan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Rusia, Hong Kong, Taiwan dan Thailand dan berlangsung di Stadium Titiwangsa.

Pengarah VKids Trend, Datuk Dr. Denise Lim menambah pihaknya terbuka untuk menaja lebih banyak untuk memastikan pertandingan ini mampu menjadi acara bertaraf antarabangsa dengan penyertaan lebih banyak negara lagi.

“Kami selaku penaja melihat pertandingan ini mampu melahirkan golongan pelapis dari pelbagai negara menjadi gimnas terbaik, ia adalah satu platform yang bagus yang perlu diberi perhatian dari pelbagai pihak” ujarnya.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hadir bagi sesi penutup dan penyampaian hadiah turut menyokong kejohonan ini wajar dijadikan acara tahunan dengan penyertaan lebih besar dari seluruh negara.

“Saya melihat Vivace Dream Cup 2023 sebagai satu platform terbaik untuk melahirkan ramai pelapis gimnas terbaik negara, seperti Farah Ann Abdul Hadi seawal umur 4 tahun.

“Saya yakin dengan sokongan dari Kementerian dan pelbagai pihak mampu mengangkat kejohanan ini ke peringkat lebih tinggi dan bertaraf global” tambahnya.

Matlamat pertandingan ini adalah untuk membantu membina keyakinan para gimnas beraksi di pentas antarabangsa. Selain itu, ini juga dapat membantu membina keakraban para peserta dari negara-negara lain ketika bersaing antara satu sama lain.

Vivace Dance Academy bertujuan untuk membantu mempromosikan teknik tarian melalui program pendidikan seperti bengkel, terutamanya melalui latihan gimnastik berirama.

Selain mencipta persekitaran yang sihat dan menggalakkan, mereka percaya sesiapa sahaja boleh menari dengan latihan dan pembelajaran dari jurulatih yang tepat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading