IMG_20230909_151155

Petaling Jaya – Pasti ramai yang ingin memanjakan diri dengan servis spa ala Bali namun impian itu hanya mampu disimpan sahaja kerana kekangan masa dan kos perjalanan yang tinggi.

Namun kini dengan produk Spa Concept, pengguna boleh menikmati penjagaan kulit, badan dan kediaman sama seperti di Bali hanya dari rumah sahaja.

Pengasasnya, Kenny Lai, 45, berkata idea menghasilkan produk ini selepas beliau bercuti ke Bali pada tahun 2018. Apabila merasai kelainan selepas satu rawatan spa disana, timbul hasrat untuk mengeluarkan produk berasaskan tumbuhan semulajadi dengan konsep ala Bali.

Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang kecantikan, beliau yakin bahawa bahan-bahan botani adalah elemen asas yang paling penting untuk kulit yang sihat.

“Saya lihat spa di Bali hanya menggunakan bahan-bahan tumbuhan semulajadi dengan aroma yang menenangkan, jadi saya fikir kenapa tidak ianya ditransform menjadi produk dan pengguna boleh menggunakan sahaja dari rumah.

“Dari situ melalui penyelidikan, saya hasilkan produk Spa Concept untuk semua” katanya.

Spa Concept dihasilkan pada tahun 2019 dan kini mempunyai 3 rangkaian produk meliputi penjagaan kulit wajah, penjagaan badan dan kediaman.

Jelasnya, produk penjagaan kulit Spa Concept sesuai digunakan untuk para wanita lingkungan umur 25 tahun hingga 45 tahun khusus bagi merawat masalah kedutan. Dengan ketahanan produk yang hanya menjangkau 6 bulan sahaja, ini membuktikan ia tidak mengandungi bahan-bahan terlarang seperti paraben, hidrokuinon, merkuri, alkohol dan sebagainya.

Kenny turut menambah, antara produk yang mendapat sambutan tinggi pada ketika ini antaranya Hydrating Mist, Brightening Serum dan sunscreen. Bagi produk lain, ia semakin diterima apabila pengguna merasai sendiri kebaikan selepas menggunakannya.

Jelasnya, produk penjagaan kulit khusus untuk lelaki akan dikeluarkan pada tahun 2024 dengan konsep yang sama. Selain itu, pusat rawatan spa konsep Bali di Pulau Pinang dan Sabah juga akan dibuka tahun hadapan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran, selebriti Umi Nazeera dan Sean Lee.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading