4abc346f9622ea77f1a7e7bc3a2f4943

KUALA LUMPUR – Nama pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh dicadangkan sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pada Jumaat.

Yeoh, pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi tahun ini menerusi filem “Everything Everywhere All at Once,” adalah antara lapan nama baharu yang akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India.

IOC kini mempunyai 99 ahli jemputan, termasuk keluarga diraja, bekas atlet serta pemimpin politik dan industri.

Peranan utama mereka ialah mengesahkan tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, daripada senarai negara yang telah dipilih terlebih dahulu oleh pentadbiran dan lembaga eksekutif IOC.

Yeoh juga mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), di mana beliau pernah mewakili Malaysia sebanyak dua kali di Perhimpunan Agung, selain turut memegang peranan sebagai Duta Muhibah untuk program pembangunan PBB.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading