MTXX_PT20230913_101600407

Honor sekali lagi keluar dengan satu kejutan apabila Honor Magic5 Pro hadir dalam warna purple.

Warna purple adalah rona warna yang nampak elegan dan sofistikated lebih-lebih lagi pada wanita. Siapa yang tidak sukakan warna purple bukan?

Honor Magi5 Pro dengan warna purple lavender lembut pastinya memikat hati kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kami pun jatuh cinta dibuatnya.

Honor secara rasminya mengumumkan ketersediaan untuk Magic5 Pro Coral Purple di Malaysia. Ia menjadi penawaran warna baharu yang disediakan buat pengguna, sekaligus menjadikan kesemuanya sebanyak tiga pilihan warna disediakan untuk Magic5 Pro di Malaysia.

Penawaran baharu ini didominasikan dengan rona ungu yang bukan sahaja mampu memberikan keanggunan pada si pemakai. Malahan dilihat turut tampil cantik dan ceria yang sering dikaitkan dengan gaya feminin. Ini digabungkan lagi dengan panel belakang seakan kulit yang turut memberi nilai tambah pada peranti.

Keajaiban Fotografi – Tangkapan Falcon

Tiga Kamera Utama Falcon pada HONOR Magic5 Pro membolehkan setiap pengguna menjadi jurugambar profesional. Sama ada anda berada di perjumpaan keluarga atau meneroka di luar, kanta canggih menghasilkan foto yang tercantik, memastikan kenangan anda akan ditangkap dalam butiran yang menakjubkan dan warna yang terang. Ia seperti jurugambar pakar di dalam poket anda dengan tangkapan imej yang paling jelas yang memenuhi permintaan anda.

Contoh gambar outdoor – Kemasan warna foto yang cantik dan tepat

Paling mengujakan, peranti ini boleh berdiri sendiri sama ada kamera di atas atau kamera di bawah sekali gus menunjukkan kehebatan HONOR menghasilkan sebuah peranti yang penuh keseimbangan dan stabil.

Contoh gambar indoor – Gambar terang dengan kualiti warna yang hebat

Spesifikasi kamera lebarnya 50MP (f/1.6) + kamera ultra lebar 50MP (f/2.0) dan kamera telefoto 50MP (f/3.0) manakala kamera swafoto pula sebesar 12MP (f/2.4) dengan ciri beauty dan bokeh.

Ultra Fusion Computational Optics, iaitu algoritma pengkomputeran optik yang melengkapkan sistem kamera menambah baik kejelasan imej dengan ketara pada zum 3.5x-100x, sekaligus menjadikan peranti ini jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain di pasaran.

Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur. Rekaan tiga kamera Star Wheel ini diilhamkan daripada gambaran lubang hitam (Black Hole) di angkasa lepas dan rekaannya memang kelihatan begitu menonjol sekali gus menampilkan ciri premium tersendiri.

Karya Penglihatan – Paparan DXOMARK No.1

HONOR sentiasa berpegang kepada nilai terasnya – consumer centric, dan HONOR Magic5 Pro merupakan contoh terbaik di antaranya. Skrin HONOR Magic5 Pro yang dilengkapi dengan fungsi pemalapan PWM 2160Hz dan paparan sirkadia malam, skrin ini telah mendapat tempat No.1 dalam ujian skrin DXOMARK. Keseronokan visual yang dibawakan oleh skrin besar berdefinisi tinggi dan teknologi perlindungan mata memberikan pengalaman menonton yang selesa dan mengasyikkan.

Rakan yang dipercayai – Jangka Hayat Bateri Panjang 5100mAh

Dengan kapasiti bateri 5,100mAh, HONOR Magic5 Pro memastikan penggunanya menikmati setiap skrol media sosial dan apl kegemaran sambil kekal berhubung tanpa bimbang tentang kehabisan bateri. Disokong oleh hayat bateri 5,100mAh yang terbaik dalam kelasnya, HONOR Magic5 Pro ialah rakan yang boleh dipercayai dalam gaya hidup sibuk anda.

Contoh gambar outdoor (malam) – spesifikasi warna dan kualiti lebih dinamik
Contoh gambar indoor (malam) – Subjek bergerak, namun kualiti gambar masih tepat dan warna cantik walaupun pengcahayaan terhad

Reka bentuk dinamik

Peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.81-inci LTPO Skin Apung Kuad Lengkung dengan kadar segar semula standard 120Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB serta menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 66W.

Saiz sensor turut ditingkatkan untuk prestasi penderiaan cahaya lebih tinggi, seterusnya membolehkan sistem kamera menghasilkan gambar yang sangat jelas, tidak kira apa jua keadaan cahaya.

Peranti seberat 219 gram dan setebal 8.77mm memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis kuad lengkung manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka yang lengkap dengan lampu flash.

Storan

HONOR Magic5 Pro menyokong penstoran dalaman 512GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dalam jumlah piksel yang besar dan dioperasikan oleh MagicOS 7.1 terkini berasaskan Android 13.

Peranti ini menawarkan beberapa ciri pintar seperti MagicRing untuk Kolaborasi Multiperanti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar bagi membantu pengguna meningkatkan produktiviti kerja.

Dilengkapi dengan teknologi AI (kecerdasan buatan) dan dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform terbaharu, HONOR Magic5 Pro menghasilkan prestasi flagship tiada tandingan, meningkatkan produktiviti dan hiburan sepanjang masa.

Hebat kan?

Bagi pencinta warna purple, apa tunggu lagi. Anda boleh grab sekarang.

Ia berharga RM3,999, kini boleh didapati di seluruh negara.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading