Subang Jaya – Bagi peminat madu lebah, kelebihan makanan semula jadi ini memang diperakui bukan sahaja mengenyangkan dan menyihatkan tubuh badan, malah mampu menyembuh pelbagai penyakit.
Bagaimanapun, madu lebah dari Mesir dikatakan mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu memiliki kekuatan lima kali ganda daripada madu lebah ternak biasa kerana ia menghasilkan madu dari sumber bunga asli seperti clover, habbatussauda dan sitrus.
Menyedari kebaikan madu lebah Mesir ini, JF Best Solution Sdn Bhd memperkenalkan tiga produk madu utama di bawah jenama Madduna.

Pengasasnya, Jadwa Abu Bakar , 48, berkata Madduna dihasilkan dari pengilang yang dipercayai di Mesir dengan keluaran madu terbaik dunia dan melalui pemprosesan terus dari sana.
“Produk Madduna diproses dan dibotolkan terus dari kilang di Mesir, cuma proses packaging kotak sahaja dilakukan di Malaysia.
“Ini kerana kita menjaga kualiti dan khasiat madu agar tidak rosak dan ia perlu diproses di Mesir” katanya.
Jadwa menjelaskan, Madduna dihasilkan pada tahun 2022 selepas beliau dan keluarganya mengamalkan memakan madu Mesir sepanjang pandemik Covid 19. Dalam tempoh itu, tiada seorang pun dari keluarganya dijangkiti virus tersebut.
“Dalam tempoh pandemik, saya dan keluarga mengamalkan madu setiap hari untuk membina anti bodi dan kesihatan badan, Alhamdulillah kami sihat dan selsema batuk juga tiada.
“Ketika itu, saya yakin madu terbaik juga sebagai salah satu faktor kekuatan untuk kesihatan, saya pergi ke Mesir pada September tahun lepas dan bertemu sendiri pengilang disana berbincang untuk membawa masuk madu ke Malaysia” ujarnya pada sidang media selepas majlis pelancaran disini.

Tambahnya, pengilang yang dipilih turut diperakui oleh Kementerian Kesihatan Mesir dan memiliki sijil halal yang sah.
Madduna pada ketika ini, hanya dijual di Shopee dan laman web rasmi Madduna. Dalam masa sama, turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menjana pendapatan menjadi ejen jualan berdaftar.
Sasaran jualan pula disasarkan 10,000 botol sebulan dan akan meningkat dari masa ke semasa.
Menurutnya, Madduna juga ingin mendidik rakyat Malaysia mengamalkan madu setiap hari terutama golongan muda yang kurang memahami kepentingan pengamalannya.
“Kita nak educate orang muda untuk mengamalkan madu kerana bukan sahaja untuk kesihatan malah mempunyai fungsi yang baik dalam kosmetik, oleh itu kami hasilkan packaging yang cantik bagi menarik golongan ini” tambahnya lagi.

Madduna didatangkan dalam botol 500 gram berharga RM35 bagi perisa asli, RM39 untuk perisa sitrus dan RM50 untuk madu habbatusauda. Bagi madu dalam paket sudu pula berharga RM15 sekotak.
Sebagai permulaan untuk menembusi pasaran di seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram.
Selain itu, lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilai RM250 setiap seorang.
Syarat peraduan adalah seperti berikut:
- Beli sebarang produk madu Madduna serendah RM15
- Selfie video secara kreatif bersama madu Madduna pilihan anda ketika beriadah, menari, memasak, bersukan, atau apa sahaja aktiviti kegemaran anda)
- Tag @maddunaofficial bersama #BeeMaddunaBeHealthy di akaun Instagram anda.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Madduna di https://madduna.com
