b30741e3-ab2b-4e07-9fdb-f701fdeed2b9

Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia pastinya sudah sinonim dengan makanan dari negara Thailand yang terkenal dengan Tom Yam dan makanan lain yang pedas. Pastinya ada yang ternanti-nanti festival menghimpunkan makanan dan produk dari negara ini.

Festival makanan Thailand, ThaiStar Select dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 24 September 2023 dikesemua 20 cawangan Star Grocer dan Whole Foods Express di Kuala Lumpur, Selangor dan Kuantan.

Dianjurkan bersama Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP Malaysia) dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) bersama Star Grocer dan Whole Foods Express.

Acara ini menampilkan pelbagai pilihan yang mengagumkan bagi lebih daripada 300 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, barangan runcit, snek dan kuih-muih, produk sejuk dan banyak lagi. Kesemuanya adalah produk tempatan negara tersebut yang mendapat permintaan tinggi disini.

Tambah menarik lagi, ThaiStar Select akan mengadakan beberapa aktiviti hebat dengan demonstrasi masakan dan persembahan tradisional Thai yang hanya boleh didapati di Star Grocer Paramount dan KSL Esplanade Mall.

Selain itu, pameran budaya turut diadakan dengan menjanjikan pengalaman yang unik dan mengasyikkan buat para pengunjung disamping menyertai sesi cabutan bertuah dengan pembelian produk Thai bernilai RM40 atau lebih.

Lebih menarik lagi, pertandingan Tik Tok dianjurkan untuk memberi peluang kepada pembeli mempamerkan kelainan produk Thai yang dibeli dan memenangi hadiah hebat termasuk percutian ke Krabi, Airpod dan pelbagai lagi.

Pelancaran acara ThaiStar Select ini telah diadakan pada 9 September lalu di Star Grocer Paramount Garden, Kuala Lumpur.

Pengarah DITP Malaysia,Worawan Wanwil menyatakan keterujaannya mengenai kerjasama sulung dan yakin bahawa gabungan produk terbaik yang disediakan sepanjang acara itu berlangsung akan menerima sambutan seluruh masyarakat Malaysia.

“Acara ini menandakan perkongsian sulung kami, dan kami mempunyai keyakinan penuh bahawa gabungan produk yang terbaik dan sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia akan membuahkan hasil yang luar biasa dengan Jumlah jualan yang dijangkakan untuk acara ini melebihi RM400 ribu,” katanya.

Antara cawangan Star Grocer dan Whole Food Express terlibat antaranya;

                Star Grocers                                                                       Whole Food Express Outlets

Star Grocer Taman Paramount                                                 Whole Food Express MahkotaCheras      

Star Grocer KSL Esplanade Mall                                                Whole Food Express Kota Damansara

Star Grocer Taman Kinrara                                                         Whole Food Express Rawang Country Home

Star Grocer Desa Pandan                                                            Whole Food Express Setapak

Star Grocer Taman Mulia                                                            Whole Food Express Ara Damansara

Star Grocer Cybersquare                                                            Whole Food Express Subang Jaya

Star Grocer Bandar Saujana Putra                                           Whole Food Express Bandar Kajang

Star Grocer Green Wood Sepang                                            Whole Food Express Bukit Gasing

Star Grocer Air Putih, Kuantan                                                  Whole Food Express Sri Serdang

Star Grocer Bandar Sri Damansara                                          Whole Food Express Denai Alam

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading