IMG_20230920_140328

Alor Gajah – Ramai pengguna beranggapan aromaterapi yang dikaitkan dengan wangian hanya sekadar bauan di rumah. Hakikatnya aroma yang mampu memberikan kelegaan dan ketenangan ini adalah vitamin semula jadi serta rawatan holistik kepada tubuh.

Menyedari pelbagai kebaikan produk aromaterapi, Sutra Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB), syarikat pengeluar minyak pati asli tumbuh-tumbuhan semula jadi membuka Sutra Gallery di Masjid Tanah, Melaka.

Menurut Pengarah Urusan TBESB, Mohd Khairil Said, pembukaan galeri ini bagi memberi peluang kepada orang ramai mencipta wangian mengikut resepi sendiri.

“Sebelum ini, kami berjumpa pelanggan dan menerangkan minyak aromaterapi, tetapi kali ini kami ajak orang ramai datang ke galeri untuk mencuba cipta sendiri bauan wangian yang diminati.

“Disini ada pelbagai wangian minyak aromaterapi yang tersedia dari base note, middle note dan top note seterusnya pengunjung boleh memilih dan blend sendiri” katanya.

Dengan harga RM10, orang ramai juga berpeluang membawa pulang minyak aromaterapi yang dicipta sendiri sebagai kenangan dan kegunaan harian.

Sutra Gallery juga dilihat mampu melonjakkan industri pelancongan negeri Melaka sejajar Tahun Melawat Melaka 2024.

“Belum ada galeri seumpama ini yang memberi peluang orang ramai belajar cara membuat wangian aromaterapi disamping membeli belah lebih 70 produk minyak aromaterapi, wangian badan dan penjagaan diri” ujarnya lagi.

Lebih 20 jenis pati dan ekstrak herba yang disediakan dan kesemuanya memiliki fungsi terbaik untuk badan, emosi dan mental setiap pengguna.

Berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri ini, Mohd Khairil turut mengharapkan produk Sutra menjadi pelopor minyak aromaterapi tempatan dan menerima lonjakan terutama di pasaran negara.

“Alhamdulillah, kami berjaya memasuki pasaran global dengan mengeksport produk ke Arab Saudi dan beberapa negara lain, dan saya juga berharap di pasaran tempatan juga akan turut meningkat” tambahnya.

Mohd Khairil yang juga lulusan Universiti Malaysia Sarawak (UMS) dalam jurusan Kejuruteraan Kimia Marin dan pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di Perbadanan Bioteknologi Melaka menambah TBESB yang berstatus Bio Nexus mendapat pengiktirafan dari Bioteknologi Malaysia agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) lebih 10 tahun.

“Kami memiliki pelbagai kelebihan yang disokong agensi kerajaan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Amalan Pengilangan Baik,” katanya.

Sutra Gallery dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang manakala sehingga 1 tengah hari pada Sabtu. Orang ramai boleh layari www.sutra.com.my untuk info lanjut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading