5d249fbc-d4b9-499d-99de-8cb2251cddc0

Kuala Langat – Hari Terbuka TVET Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk pelajar dari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mempamerkan bakat dan bertukar idea. . Program dengan kerjasama Komuniti Belia Selangor (SAY) ini telah menarik lebih 500 penyertaan daripada pelajar sekolah dan kolej dari seluruh Malaysia.

Acara yang diperkenal sejak 2019 menghimpunkan pengamal Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari seluruh negara untuk mengetengahkan bidang itu dalam kalangan belia.

Pengerusi YRMS Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dalam ucapannya menjelaskan, hari terbuka ini sebagai platform bagi golongan belia mempemerkan bakat dalam bidang TVET disamping menerapkan nilai-nilai inovasi bagi mewujudkan pelapis yang kehadapan.

“Melalui pertandingan TVET yang diadakan, pelajar mampu meneroka potensi diri dan mengalami secara praktikal kursus-kursus kemahiran yang dilaksanakan menerusi Bengkel Explorasi Kemahiran.

” 6 kumpulan daripada kategori kolej dan 6 lagi daripada kategori sekolah telahpun memerah minda dan keringat untuk mempamerkan dan mempertandingkan projek inovasi masing-masing” katanya.

Dalam program itu, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat pameran disertai pelajar sekolah dan kolej selain menyaksikan pertukaran kerjasama antara 14 kolej komuniti dan politeknik seluruh Selangor.

Tambahnya, Dalam program ini hadirin dapat melawat tapak pameran daripada pelbagai institusi TVET, termasuk Institut Kraf Negara, Akademi Sulam Emas, Persatuan Teknologi Malaysia dan banyak lagi.

Seramai 320 orang peserta dari sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi hadir ke KKKL bagi menyertai aktiviti Program Hari Terbuka TVET YRMS 2023 seperti Pertandingan TVET, Kursus Pengurusan Kewangan, BizPitch, Self-Discovery Workshop dan YRMS Awards.

Tengku Amir Shah turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada dua rumah kebajikan dan bantuan komputer riba kepada lima pelajar B40 terpilih.

Dalam pada itu, beliau memperkenan mencemar duli bagi acara Perasmian Kontena Makers Market KKKL. Makers Market KKKL terdiri daripada gabungan pelajar dan pensyarah Program Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot dan Sijil Animasi 2D. Ia merupakan ruang kerja kolaboratif di Kolej Komuniti yang membolehkan pengguna belajar melalui reka cipta dan berkolaborasi dengan komuniti serta industri.

Sebagai tambahan, Kolej Komuniti Kuala Langat telah menerima Anugerah Most Supportive College dari pihak YRMS sebagai penghargaan kepada KKKL yang selalu memberi sokongan buat YRMS.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading