Kuala Lumpur – Teater Bangsawan Merong Mahawangsa Dendam Berdarah yang dipentaskan pada Julai lalu mendapat sambutan memberangsangkan, kini ia bakal menemui para penonton sekali lagi.
Bakal dipentaskan di Auditorium Parcel E, Putrajaya, teater ini dijayakan oleh Kolej Vokasional Gombak (KVG) sebagai operator persembahan dan dibantu oleh para guru serta para pelajar sebagai pendukung watak.
Menurut Pengarah, Nohman Isa, golongan VIP yang hadir ketika itu memberi sokongan yang penuh serta pementasan kali ini lebih berskala besar.
“Semasa pementasan Merong Mahawangsa di dewan besar KVG, Datuk Zarina dan golongan VIP yang hadir ketika itu tertarik mencadangkan agar teater ini dipentaskan semula di pentas yang lebih besar dan di di luar.” Katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, kelainan pementasan pada kali ini di bantu oleh pelakon teater professional serta menampilkan pelakon istemewa iaitu penyanyi Ezlynn.
‘’Saya bawa masuk sekali kawan-kawan dalam aktivis pelakon teater bergabung dalam pementasan kali ini selain itu turut dibantu oleh penyanyi negara Azlyn yang popular menerusi lagu Hai Hai bye bye sebagai penampilan istimewa, secara tidak langsung dapat membantu para pelajar menimba ilmu dalam bidang teater.
Walaupun pelajar-pelajar dari KVG ini mempunyai jurusan bidang pengurusan perniagaan, peruncitan, pengurusan insurance dan multimedia namun pelajar ini berjaya membuktikan kemahiran mereka dalam persembahan teater ini.
“Harapan saya untuk teater ini semoga menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak yang bukan bersekolah seni demi mencungkil bakat dan kemahiran pelajar dalam bidang kokurikulum’’. Luahnya dalam satu kenyataan.
Teater ini akan dipentaskan pada 6 dan 7 Oktober ini pada jam 8.30 malam. Tiket masuk berharga RM50 dan bagi yang berminat boleh hubungi 0139784014 (Haryati) dan 0174101086 (Naim).
