Rendang Paste - 3

Shah Alam – Rakyat Malaysia amat menggemari tradisi asli tetapi malangnya, sesetengah daripada kita, khasnya golongan millenial, Gen Z dan Gen Alpha, tidak diajar atau mengetahui cara penyediaan sajian warisan ini.

Sekiranya anda meraikan Hari Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan, kejutkan mereka dengan air tangan anda dengan menyediakan sajian istimewa tempatan seperti Kari Ayam, Sambal Tumis, Asam Pedas atau Rendang.

Cara memasak juga mudah! Anda hanya perlu mendapatkan Pes Ayam Brand™, sama ada Pes Kari Ayam, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas mahupun Pes Rendang Ayam Brand™. Pes-pes ini dijamin menyediakan keaslian rasa hidangan, di samping memenuhi selera ramai. Rahsianya? Anda hanya perlu mematuhi arahan pada pek dan sentiasa memantaunya di dapur.

Anda boleh menyediakan satu hidangan warisan yang enak untuk lima atau enam orang dengan hanya satu pek Pes Ayam Brand™ 180g yang ditambah dengan 500 hingga 600g protein pilihan. Paling menarik, sajian ini boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira 30 minit! Anda juga tidak perlu risau kerana Pes Ayam Brand™ juga bebas daripada bahan pengawet, MSG dan aditif, selain mempunyai pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Setiap pek boleh didapati dengan hanya RM5.

Jangan tinggalkan Pes Ayam Brand™ daripada senarai ketika anda keluar membeli barangan dapur. Dari 1 September hingga 31 Oktober ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bersempena penganjuran kempen Bonanza Beli & Menang Ayam Brand™ yang menawarkan ganjaran berjumlah RM100,000.

Hadiah-hadiah ini termasuk 5 hadiah utama berupa jongkong emas seberat 20g, 7 hadiah tempat kedua (10g jongkong emas) dan 9 hadiah tempat ketiga (5g jongkong emas). Selain itu, 40 hadiah saguhati berupa kredit T&G bernilai RM500 dan 180 hadiah mingguan (RM100 kredit T&G) juga disediakan kepada pelanggan bertuah.

Anda hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM20 bagi produk Ayam Brand™ dan/atau yumeat™ dalam satu resit di kedai-kedai di Semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian. Layari laman  www.ayambrand.com.my/peraduanbonanza untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kari Ayam

Kari ayam adalah satu hidangan yang amat digemari rakyat Malaysia. Masak kari ayam anda tersendiri dengan menggunakan Ayam Brand™ Pes Kari Ayam yang menampilkan gabungan sempurna bawang merah, cili, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, kunyit, lengkuas, serai serta rempah-ratus yang  lain.

Panaskan periuk pada api sederhana. Tambahkan satu pek Pes Kari Ayam dan 600g ayam. Masak selama 2 hingga 3 minit. Masukkan dua biji ubi kentang yang telah dibuang kulit dan dipotong dadu bersama 120ml air. Gaul sekata sebelum periuk ditutup dan biarkan mendidih. Perlahankan api, buka periuk dan biarkan ia mendidih selama 30 minit lagi. Pastikan anda mengacau kuah sekali-sekala atau sehingga ayam dan ubi empuk dan masak. Tuangkan Santan Ayam Brand™ dan biarkan kuah kari mendidih sekali lagi. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi panas. Ia juga enak dimakan bersama roti ataupun mi goreng. 

Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak: 30 minit, saiz hidangan: 5-6 orang.

Asam Pedas Ikan

Sekiranya anda inginkan hidangan yang pedas tetapi mempunyai rasa masam, gunakanlah Pes Asam Pedas Ayam Brand™. Ia pasti memuaskan citarasa anda dengan campuran asam jawa, bawang, cili kering, bunga kantan, bawang putih, pes udang dan halia.

Panaskan satu sudu besar minyak sayuran, tambah Pes Asam Pedas Ayam Brand™ dan tumis sehingga naik bau. Tuangkan 300ml air, kacau sempurna dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian, masukkan 500g ikan, kacang bendi dan segenggam daun laksa ke dalam periuk. Perlahankan api dan biarkan mendidih selama 2 minit sebelum api ditutup. Ia sedap dimakan bersama nasi panas.

Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak: 15 minit, saiz hidangan: 5-6 orang.

Sambal Tumis Udang

Sambal goreng, atau lebih dikenali masyarakat tempatan sebagai Sambal Tumis, datang dalam pelbagai variasi dan merupakan satu hidangan utama di kebanyakan isi rumah di Malaysia.

Tambahkan hidangan versatil ini dalam senarai menu tetap anda menerusi Pes Sambal Tumis Ayam Brand™ yang kaya dengan bawang, cili, pes udang, buah keras, udang kering dan daun kari.

Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali pada api sederhana. Masukkan hirisan bawang dan tumis selama 2 minit. Tambah satu pek Pes Sambal Tumis Ayam Brand™, gaul sekata dan biarkan sehingga ia pecah minyak. Tambah 500g udang dan gaul sehingga masak. Hidangkan bersama nasi panas.

Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak: 10 minit, saiz hidangan: 5-6 orang.

Rasailah pengalaman kulinari warisan yang enak bersama Pes Ayam Brand™. Ia boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™  juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading