Ampang – Demi terus memartabatkan industri seni, Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR) tampil dengan program Seloka Legenda Waris Seni yang menghimpunkan waris seniman dan seniwati tanah air untuk berkongsi pengalaman kepada umum.
Dengan mengangkat tema, ‘ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi’, program bual bicara yang akan berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 13 Oktober itu bertujuan memartabatkan seniman dan seniwati melalui pewarisnya.

Pengerusi PEMEKAR, Amran Nasrudin, berkata antara lain objektif program adalah mengangkat dan menggerakkan aktiviti anak seni melalui ikon lakonan, muzik dan tarian sebagai usaha mengenali lebih dalam bintang serta tokoh seni negara.
“Program ini mendokumentasikantokoh legenda warisan seni kepada waris seni melalui rakamanvideo sebagai bahan rujukan semasa hayatnya sebagai tokoh artis dan penggiat seni melalui pengalaman dan pengorbanan sebagai anak seni dalam mewarnai industri seni negara.
“Antara yang terlibat dalam Program ini adalah Fauziah Dato Ahmad Daud iaitu waris Seniwati Saadiah dan Ahmad Daud,Dilla dan Fairuz Husain waris Seniman Husain Abu Hasandan Seniwati Mahyon Ismail, Hairi Kool waris keluarga Sophia Ibrahim dan OsamaYamani waris Dato’ Jamal Abdillah.
“Disebabkan itu, kami mengetengahkan tema Seloka Legenda Waris Seni yang memberi maksud legasi seseorang penggiat seni akan diteruskan oleh waris. Tidak kira cabang seni diceburi,” katanya.

Setiap waris kepada seniman dan seniwati berkongsi mengenai lagu dan lakonan yang pernah dijayakan waris bermula era 1950-an lagi.
Program ini juga akan mengetengahkan kembali muzik dan lagu popular dalam segmen persembahan pentas dan lagu oleh pewaris melalui visual filem.

Program ini juga akan mengetengahkan kembali muzik dan lagu popular dalam segmen persembahan pentas dan lagu oleh pewaris melalui visual filem.
