f64a04d1-3194-47c2-a60c-bba5f2335922

Kuala Lumpur – Menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun, jenama Mayang by Anntsya bersama Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) memupuk kesedaran bersama peminat fesyen.

Melantik seebriti, Julia Farhana sebagai wajah kempen kesihatan tersebut yang akan berlangsung selama enam bulan. Iris Series, koleksi terbaru yang dilancarkan oleh MAYANG melalui kempennya itu mampu memberi pengaruh kepada pengguna untuk membuat perubahan positif. Koleksi ini menzahirkan tanda sokongan terhadap kepentingan kesihatan mental dikalangan masyarakat.

Pengasasnya, Aina Natasya Nor Zaim,28, berkata; beliau sendiri yang berpengalaman denagn serangan anxiety merasakan pentingnya pengetahuan bagaimana berhadapan situasi ini.

“Sebab itu saya tahu penting untuk mereka yang ada masalah begini meluahkannya. Tetapi, ramai di luar sana yang lebih suka memendam dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan.

“Kerana itu saya menyokong usaha memberi kesedaran tentang pentingnya mental yang sihat dan bekerjasama dengan MMHA melalui fesyen. Malah, saya memilih warna-warna pastel untuk koleksi ini kerana warna sebegitu juga ada kaitan dengan kesihatan mental,” kata Aina ketika ditemui di majlis pelancaran kempen koleksi ini di perkarangan Starhill Gallery, yang turut dihadiri para selebriti dan pempengaruh media sosial.

Iris Series ditampilkan dalam empat rona warna pastel iaitu biru, rose gold, gold dan lilac. Menggunakan fabrik sutera korea, koleksi berkonsepkan kaftan mewah dengan corak marble ini turut hadir dengan dua jenis tudung iaitu shawl dan bawal untuk mereka yang berhijab.

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, setiap hasil pembelian daripada koleksi Iris Series berjumlah RM5 akan disalurkan kepada program yang dijalankan di bawah MMHA. Secara tidak langsung, pembeli turut menyumbang kepada usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mental yang sihat dalam kehidupan.

Koleksi MAYANG boleh anda miliki secara atas talian menerusi www.mayangbyanntsya.com.my atau boleh datang ke butiknya yang terletak di Hotel Four Season, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading