ADM_6487

Petaling Jaya – Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian kebudayaan bangsa di Malaysia. Semangat berbilang kaum dan warna budaya diangkat dalam normalisasi kerajaan perpaduan pada masa kini.

Dalam menyahut seruan kerajaan, Pertubuhan Kebajikan Sinaran Matahari ( PKSM ) julung kali menganjurkan Festival Warisan India MY Madani bagi berkongsi warisan dan budaya kaum India kepada masyarakat amnya.

Presiden pertubuhan,Tuan Palani a/l Savariappan berkata; PKSM menyasarkan aktiviti budaya ini dapat dianjurkan setiap tahun untuk misi menghargai warisan dan budaya akan tercapai.

“Festival ini dilihat mampu memberi ruang dan peluang kepada kaum India dari pelbagai lapisan untuk meraikan keunikan dan keindahan budaya kaum India pelbagai segmen seperti seni tari, seni mempertahankan diri, seni masakan, kraftangan dan pelbagai lagi.

“Ini adalah titik permulaan untuk PKSM, untuk terus menganjurkan lebih banyak program berunsur kebajikan, ilmiah dan kemasyarakatan dengan jayanya pada masa akan datang” katanya.

Penolong Setiausaha MIC Selangor, Sritheran Renganathan yang hadir merasmikan majlis turut menyokong program sebegini diteruskan demi memelihara kesinambungan warisan untuk generasi akan datang.

“Di Malaysia kita ada pelbagai kaum dan setiap dari kita mempunyai budaya dan warisan yang perlu dijaga agar terus segar sampai bila-bila.

“Bagi memelihara warisan dan budaya ini, program-program sebegini perlu diadakan dan diperkenalkan dengan meluas kepada semua masyarakat.

PKSM juga berhasrat akan terus bergerak memartabatkan seni warisan budaya kaum India dengan sokongan dana program yang disalurkan.

Program warisan budaya ini akan digerakkan dengan lebih luas pada 25 Oktober ini di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading