Honor Malaysia kini hadir dengan peranti baharu di bawah siri X dikenali sebagai Honor X9b, tumpuan masih diberikan kepada keupayaan peranti yang dikatakan boleh bertahan dalam keadaan ekstrem.
Kami telah berikan reaksi pertama sebelum ini dan menyatakan peranti ini adalah gajet paling tahan lasak abad ini.
Wah benar-benar manarik!

Honor X9b 5G merupakan telefon pintar yang akan menepis semua kebimbangan anda apabila ianya terdedah kepada insiden yang tidak diingini seperti jatuhan dan hentakan.
Selain itu, Honor X9b 5G adalah telefon pintar yang tampil dengan gelaran All-angle Ultra Tough yang bermaksud ianya adalah kukuh dari semua sudut.

Ramai yang bertanya apa maksud ‘b’ untuk edisi kali ini?
Pilihan huruf ‘b’ kali ini bermaksud ‘beyond toughness’ atau mengatasi ketahanan. Petanda ia sangat tahan lasak. Selain itu, ia juga tahan lasak 360° menggunakan paparan baru “HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Display”.
Jom kita lihat apa yang menarik dengan Honor X9b
Reka bentuk Eksklusif
Kami bangga katakan reka bentuk Honor X9b ini nampak mewah sebaris jenama hebat. Kali pertama memegang peranti ini, kami teruja dengan warnanya yang berkilau dan saiz nipis ringan membuatkan rasa lebih sofistikated.
Kami katakan Honor X9b ini ada kelas tersendiri.
HONOR X9b mempunyai ketahanan 360°, menjadikannya lebih kuat dan teguh daripada model sebelumnya.

Ia boleh bertahan apabila jatuh dari sudut mana pun. Ini menunjukkan dedikasi HONOR untuk memberikan pengguna peranti yang boleh diguna tanpa perlu risau tentang ketahanannya.
Ultra-Bounce Anti-Drop Display HONOR mempunyai tiga lapisan perlindungan, terdiri daripada single-point reinforcement, all-around cushioning dan deep seal protection. HONOR X9b dibina untuk menghadapi cabaran yang paling berat yang sukar dihadapi oleh telefon pintar, dari segi skrin hingga ke bahagian dalaman.

HONOR X9b menggunakan special cushioning material yang boleh menyerap 1.2 kali impak jatuh, menjadikannya tidak mudah pecah apabila terjatuh. Ini menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia yang mendapat 5-star all-angle drop resistance certification dari SGS Switzerland, bukti tahap ketahanannya.
Spesifikasi Mantap
HONOR X9b dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm) dengan storan 256GB 12GB RAM.

Peranti ini juga mempunyai skrin 6.78-inci AMOLED. Ia mempunyai kamera belakang Triple: 108 MP, f/1.8, (wide), 1/1.67″, PDAF + 5 MP, f/2.2, (ultrawide) + 2 MP, f/2.4, (macro)MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, HSPA, LTE-A dan 5G. Ia juga dilengkapi dengan Li-Po 5800 mAh dengan ketebalan peranti 8 mm, seberat 185g, dan menggunakan Android 13, Magic UI 7.2.
| Spesifikasi HONOR X9b | |
|---|---|
| Dilancarkan | |
| Release Status | Available. Released 2023, October |
| Prestasi | |
| CPU | Octa-core (4×2.2 GHz Cortex-A78 & 4×1.8 GHz Cortex-A55) |
| Chipset | Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm) |
| GPU | Adreno 710 |
| Memory | 256GB 12GB RAM |
| Card Slot | No |
| Battery | Li-Po 5800 mAh, non-removable battery 35W wired Reverse wired |
| OS | Android 13, Magic UI 7.2 |
| Skrin | |
| Display Type | AMOLED, 1B colors, 120Hz, 1200 nits (peak) |
| Display Size | 6.78 inches, 112.6 cm2 (~91.2% screen-to-body ratio) 1220 x 2652 pixels, 19.5:9 ratio (~431 ppi density) |
| Badan | |
| Body Dimension | 163.6 x 75.5 x 8 mm |
| Body Weight | 185g |
| Colors | Sunrise Orange, Midnight Black, Emerald Green |
| Kamera | |
| Rear Camera | Triple: 108 MP, f/1.8, (wide), 1/1.67″, PDAF + 5 MP, f/2.2, (ultrawide) + 2 MP, f/2.4, (macro) |
| Front Camera | 16 MP, f/2.5, (wide) |
| Video | 4K@30fps, 1080p@30fps Selfie: 1080p@30fps |
| Camera Features | LED flash, panorama, HDR |
| Komunikasi | |
| Sim Card | Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by) |
| Data Speed | HSPA, LTE-A, 5G |
| WLAN | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct |
| Bluetooth | 5.1, A2DP, LE |
| NFC | Yes (market/region dependent) |
| Infrared | Yes |
| USB | USB Type-C 2.0, OTG |
| Sensor | |
| Sensor | Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass |
| GPS | GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
| Audio | |
| Loud Speaker | Yes |
| 3.5mm Jack | No |
Kualiti Kamera PADU
HONOR X9b 5G mempunyai sistem triple camera yang terdiri daripada Kamera Ultra-Clear 108MP, Kamera Ultra-Lebar 5MP dan Kamera Makro 2MP6. Kamera Ultra-Jelas 108MP didatangkan dengan sensor 1/1.67 inci dan apertur f/1.75 yang besar, membolehkannya menangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej dengan jelas. Kameranya juga menawarkan kualiti optik tinggi dengan zum 3X, memastikan imej yang jelas dengan perincian yang menarik.

Kamera Ultra-Lebar 5MP menawarkan sudut pandangan 110°, sesuai untuk imej landskap yang luas, gambar berkumpulan dan lain-lain. Kamera Makro 2MP datang dengan jarak fokus minimum 4cm, membolehkan pengguna menangkap gambar jarak dekat dengan kejelasan yang tajam.
Kamera belakang menggabungkan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP.

Peranti masih menggunakan sistem operasi MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13. Pengimbas cap jarinya pula terbina dalam skrin.
Kami sungguh kagum dengan kualiti nightography kamera ini. Ternyata sungguh padu sekali gus hasil warna gambar malamnya sungguh energatik dan hidup.
Gambar Nightography


Gambar Daytography


Bateri Tahan Lama
Bateri HONOR yang dahsyat, kekal 80% selepas 1000 pengecasan.
Tidak kira berapa canggihnya sesebuah telefon itu, baterinya boleh mengalami penurunan prestasi sepanjang masa, namun, tidak bagi HONOR X9b.

Dengan teknologi penjimatan bateri yang terkini dan bateri berkapasiti besar, telefon ini memaksimumkan penggunaan bateri secara optimum. peranti ini yang mempunyai bateri 5,800mAh sekaligus menjadikannya mampu bertahan lebih lama. Menurut HONOR boleh bertahan hingga tiga hari lamanya yang bergantung juga kepada cara penggunaan masing-masing.
Hasil ujian makmal HONOR menunjukkan bahawa bateri X9b dapat mempertahankan kapasiti sebanyak 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.
Dah tak payah risau kalau tertinggal power bank!
Kualiti Skrin Mesra Mata
Silau mata bila tengok hp dalam jangka masa lama?
Jangan risau! Dengan Honor X9b masalah silau mata tak akan ada lagi.
Dengan teknologi canggih dalam paparan HONOR X9b, kesihatan mata pengguna adalah keutamaan mereka.
Pemadaman PWM pada kadar 1920Hz, telefon ini menghilangkan flicker yang sering menyebabkan ketidakselesaan mata dalam keadaan cahaya rendah.

Ciri Circadian Night Display adalah penyelesaian pintar yang mengubah warna paparan secara automatik, menaikkan tahap melatonin sebanyak 20%, yang membantu korang mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan panjang.
Selain itu, dengan Dynamic Dimming yang tidak hanya mengurangkan kepenatan mata sebanyak 18% tetapi juga meningkatkan peredaran darah dalam otot ciliary.

HONOR X9b telah menjalani ujian TÜV Rheinland Hardware-Level Low Blue Light Certification, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengurangkan cahaya biru yang berpotensi merosakkan mata.
Perisian Terbaik
HONOR X9b dilengkapi dengan cipset Snapdragon 6 Gen 1 yang dilengkapi dengan CPU Qualcomm Kryo dan GPU Adreno yang masing-masing adalah sehingga 40% dan 35% lebih pantas berbanding pendahulunya dan ini turut memberikan prestasi pemprosesan AI yang lebih baik. HONOR adalah syarikat pertama untuk menggunakan cipset 4nm terbaru daripada Qualcomm ini.
Selain itu, HONOR X9b 5G ini juga tampil dengan antaramuka MagicOS 7.2 yang terbaharu berasaskan Android 13, X9b 5G turut menyediakan akses kepada pelbagai ciri yang dipertingkatkan dan diperibadikan, seperti HONOR Docs Suite yang membolehkan menikmati pengalaman kerja jarak jauh yang lebih pintar dan mudah.

Dalam pada itu, X9b 5G juga disertakan dengan 12GB RAM (LPDDR4X) bersama teknologi HONOR RAM Turbo yang memberikan tambahan 8GB RAM untuk pembukaan lebih banyak aplikasi dilatar belakang tanpa sebarang lag. Ianya juga memiliki storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.
Penggunaan cipset 4nm terbaru daripada Qualcomm ini membolehkan HONOR X9b 5G menawarkan pengguna sebuah telefon pintar yang bukan hanya mampu menawarkan prestasi yang stabil malah ianya turut berkeupayaan untuk menyokong permainan video yang memerlukan kuasa pemprosesan lebih tinggi.
Boleh Tempah Sekarang!
Jika anda seorang yang lasak dan mencari-cari peranti TAHAN LASAK dengan kualiti KAMERA PADU, Honor X9b adalah jawapan paling tepat.
Tempahan telah dibuka sekarang!


Harga jualan ialah RM1,499 dengan beberapa warna menarik boleh dipilih seperti Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black. Menariknya lagi apabila HONOR turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM978, yang terdiri dengan HONOR Choice Earbuds X5, HONOR Choice Moecen Band dan jaminan gantian retak skrin hadapan dan belakang selama setahun dengan setiap pembelian.
Pendapat Kami
Honor X9b adalah peranti pintar yang bersesuai dengan harga madani ditawarkan. Berbaloi dengan harga dan poket anda.
Paling tahan lasak dengan kualiti kamera yang tiada tandingannya.
Secara keseluruhan, HONOR X9b menyediakan kualiti yang cemerlang. Daya ketahanannya terbukti paling kukuh di dunia setakat ini, reka bentuk kelihatan premium moden yang sesuai untuk pengguna zaman sekarang, dan ia memiliki spesifikasi terbaik di segmen kelasnya.
Menggabungkan kualiti paparan paparan selaju 120Hz, keupayaan fotografi yang luas dan prestasi bateri yang dipertingkatkan, HONOR X9b menetapkan standard baharu untuk smartphone kelas midrange dalam industri.
Kami kelaskan Honor X9b adalah peranti level pertengahan terbaik 2023!
Gambar- gambar yang diambil dengan Honor X9b





