41699346916_TBGOLDTOILETx

LONDON – Seramai empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tandas yang dijadikan hiasan dan dianggarkan bernilai AS$5.95 juta itu hilang dalam satu kejadian pada September 2019.

Pada Isnin, Crown Prosecution Service (CSP) berkata pihaknya membenarkan pertuduhan jenayah ke atas empat lelaki itu yang akan hadir di Mahkamah Majistret Oxford pada 28 Nov ini.

Tertuduh ialah James Sheen, 39, dari Wellingborough, Northamptonshire yang berdepan pertuduhan pecah rumah dan dua lagi pertuduhan.

Selain itu, Michael Jones, 38, dari Oxford, didakwa atas pertuduhan pecah rumah manakala Fred Doe, 35, dari Ascot, Berkshire, dan Bora Guccuk, 39, dari barat London, masing-masing didakwa dengan pertuduhan bersubahat untuk memindahkan harta jenayah.

Tandas yang berfungsi sepenuhnya itu dipasang sebagai karya seni di istana Oxfordshire, tempat kelahiran Winston Churchill.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading