645DD687-90D1-4644-8BAF-8B4211018AEA-1068x649

Kuala Lumpur – Berikutan tular sejak semalam berkenaan kes seorang individu berkepentingan yang bergelar ‘Datuk Wira’ menipu ratusan pelabur dengan jumlah mencapai hampir RM1 bilion, perkara ini telah mendapat perhatian pihak polis.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan membabitkan ini dan siasatan terperinci akan dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

“Saya telah menerima maklumat berkaitan kes ini yang dilaporkan di akhbar. Kita kena siasat dulu dakwaan bahawa ‘Datuk’ itu dilindungi oleh seorang ‘Tan Sri’.

“Kalau dia kata cakap dilindungi oleh ‘Tan Sri’, ‘Perdana Menteri’, kita kena siasat. Tak boleh terus-terus buat kesimpulan sebab maklumat itu bukan datang dari saya atau JSJK sendiri.

“Memang kita dah minta untuk siasat, kertas siasatan sudah dibuka,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Semalam melaporkan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu ratusan pelabur dengan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.

Tidak hanya menyasarkan rakyat biasa, malah syarikat swasta, kerajaan, golongan profesional seperti doktor serta pelabur antarabangsa didakwa turut dijadikan mangsa yang sehingga kini jumlah kerugian dianggarkan hampir RM1 billion.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek, 50, berkata, individu berkenaan pada awalnya memberi jaminan pulangan yang tinggi sehingga enam peratus setiap bulan bagi setiap wang yang dilaburkan.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa bulan, individu berkenaan tidak membayar pulangan dijanjikan, malah membuat ugutan akan melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung punca kewangan pelaburnya yang melabur sehingga jutaan ringgit. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading