KUALA LUMPUR – Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 akan memeriahkan lagi Kuala Kubu Bharu sebagai destinasi pelancongan tempatan terbaik di Selangor.
Aksi menarik sukan itu bakal menghangatkan lagi aktiviti harian penduduk daerah Kuala Kubu Bharu, Selangor bermula Sabtu ini yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini menyasarkan kehadiran seramai 6,000 pengunjung.
Pengarah Projeknya, Nazri Sulaiman berkata, daripada jumlah itu, lebih 1,000 pengunjung luar negara disasarkan pada festival yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Taman Tasik Melinium, Kuala Kubu Bahru.

Tambahnya, festival itu akan melibatkan aktiviti pelancongan sukan udara yang popular di Malaysia, seterusnya diketengahkan sebagai produk pelancongan di Hulu Selangor.
“Antara acara yang ditawarkan adalah Paragliding Fun Fly, Tandem Paragliding, Aero Modeling, Persembahan Drone dan Paramotor Microlight.
“Festival ini dianjurkan dengan matlamat untuk mempromosikan produk dan program pelancongan yang dijalankan di dalam Selangor dan Malaysia dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti paragliding sebagai salah satu produk sukan udara sebagai sukan lasak.
Nazri berkata, festival tersebut diharap dapat dipromosikan sebagai aktiviti pelancongan domestik dalam kalangan masyarakat pelbagai generasi.
“Pada masa sama, festival ini dipromosikan sebagai pelancongan di kalangan pelbagai peringkat generasi sebagai acara sukan tahunan dalam kalendar pelancongan Selangor.
Dalam masa sama menurutnya, penganjuran pesta itu bertujuan menjadikan Kuala Kubu Bharu sebagai hub sukan udara yang mampu menerima juruterbang-juruterbang paragliding dari dalam dan luar negara.

Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) menampilkan CloudBass sebagai Rakan Teknikal dan Pengurusan Koordinator yang mendapat sokongan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Persatuan Seniman Malaysia sebagai Rakan Strategik.
Penganjuran festival ini bakal memberi impak menerusi peningkatan jumlah kemasukan dan kehadiran para pelancong tempatan dan luar negara ke Kuala Kubu Bahru.
Jelas beliau, ia juga mampu merancakkan sosio ekonomi buat para penggusaha seperti premis penginapan, perusahaan industri kecil sederhana dengan pengusaha kedai pemakanan sepanjang festival berlangsung.
“Pada masa sama, festival ini turut menjadi platform sebagai pendedahan dan pengetahuan am untuk orang awam tentang sukan udara yang terdapat di Hulu Selangor sebagai gaya hidup Masyarakat.
“Orang ramai dijemput hadir dan memberi sokong kepada festival julung kali diadakan ini dan maklumat lanjut boleh di dapati Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok festival ini,” katanya.
