RM100

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.

Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai LHDN, Abang Ehsan Abang Abu Bakar berkata, pemantauan dilakukan setiap hari menerusi semua platform media sosial dan e-dagang.

Menurutnya, LHDN menerusi unit khas yang ditubuhkan iaitu Seksyen Audit Ekonomi Digital (SAED) berperanan khusus bagi memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang hidup mewah tetapi tidak membayar cukai.

“Ada yang kita kesan mereka ini gemar menayang kehidupan mewah seperti wang dan sebagainya.

“Biar pun tidak menjadi satu kesalahan, namun pemantauan sememangnya dijalankan bagi memastikan mereka menunaikan tanggungjawab membayar cukai,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading