20231024_123218

Kuala Lumpur – Festival ASEAN telah dirasmikan bagi mempromosikan pelancongan dan budaya negara ASEAN pusat beli-belah Lalaport di Bukit Bintang City Centre selama 4 hari sehingga ahad ini.

Menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung, pengasasnya, Eldrick Koh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus pengunjung adalah dalam kalangan pelancongan asing memandangkan lokasinya yang strategik.

Festival yang julung kali diadakan itu merupakan bukti kepada warisan ASEAN yang kaya dan beraneka selain menawarkan pengalaman berbeza dalam budaya pelbagai termasuk masakan, muzik dan persembahan memukau.

“Festival ASEAN Kuala Lumpur ini mempunyai tiga komponen utama iaitu ASEAN Market di mana kira-kira 90 gerai menawarkan pelbagai produk dan kraf dari negara-negara ahli termasuk barangan unik, dan hidangan makanan dan minuman.

“Komponen kedua adalah ASEAN Travel Fair yang menyediakan Pameran ASEAN untuk Muslim dan bukan Muslim yang menampilkan wakil-wakil dari pelbagai agensi pelancongan negara terlibat.

“Seterus komponen terakhir adalah Pesta Muzik ASEAN yang menyajikan pertunjukan budaya oleh kedutaan Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia termasuk tarian tradisional selain petunjukan muay thai, peragaan fesyen dan konsert muzik,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Jelasnya lagi, festival ini merupakan kali pertama dianjurkan dan bakal menjadi festival tahunan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia. Antara negeri yang disenarai sebagai lokasi untuk penganjuran kali kedua antaranya Pulau Pinang dan Sabah.

Sementara itu, pengasas bersama Gillian Ooi menambah, festival ini mendapat sokongan rasmi oleh Tourism Malaysia, Kerajaan Malaysia Madani dan Kedutaan ASEAN serta pelbagai persatuan, jenama dan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa di negara ini.

“Orang ramai diharap tidak melepaskan peluang dalam mencuba pelbagai keunikan budaya merangkumi seksyen gastronomi yang menawarkan pengembaraan dari negara ASEAN yang berbeza.

“Selain makanan, mereka juga boleh menerokai produk-produk aksesori tulen dan produk seni dan kraf yang menarik.

“Sepanjang acara juga, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej pelancongan dalam dan luar negara serta beberapa lagi hadiah lain termasuk telefon Vivo terbaharu, jam  tangan Honor, peluang untuk memandu uji dan memenangi basikal elektrik,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading