Kuala Langat – YEG Academy menjalin kerjasama dengan MAHSA University menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Isnin.
Ketua Pegawai Operasi YEG, Mohamad Fikri Hasbi berkata, kerjasama itu membabitkan Mahsa University sebagai penyedia graduan Diploma Kejururawatan dan empat buah hospital antaranya; Hospital Thomson, KPJ Healthcare, Regency Specialist Hospital dan ICG Healthcare.
“Tujuan program hari ini adalah bagi menandatangani dan memeterai MoU serta menjalinkan kerjasama dengan MAHSA, khususnya dalam bidang Diploma Kejururawatan MaHSTech yang memberi peluang kepada graduan untuk terus bekerja.
“MaHSTech yang berjalan dibawah kempen YEG #belajarteruskerja adalah bertujuan untuk mengetengahkan program diploma yang semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam sektor kesihatan pada masa kini” katanya.
Tambahnya, MaHSTech merupakan platform untuk sambung belajar yang telah diinovasi u lebih relevan kepada para pelajar lepasan SPM. Oleh kerana ramai anak muda yang lebih tertarik untuk terus menceburi bidang pekerjaan, diploma didalam bidang kesihatan akan membuka laluan kerjaya kepada pelajar ini mampu memberikan pengalaman dan kemahiran terbaik buat golongan lepasan SPM dan kekal relevan dalam industri kerjaya.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MAHSA dalam memastikan kemampuan kita melahirkan graduan jururawat terlatih secara profesional dan terus bekerja dengan hospital-hospital yang berkerjasama dalam program ini.
“Hospital-hospital ini menawarkan biasiswa kepada pelajar dan seterusnya melayakkan mereka untuk terus berkhidmat” ujarnya lagi dalam sidang media selepas majlis tanda tangan MoU disini hari ini.
Dekan dan Pengarah Kanan Akademik Fakulti Kesihatan, Sains, Kejuurawatan dan Pendidikan Universiti MAHSA, Profesor Veronica Chua Poh Choo menambah, permintaan tenaga kerja jururawat di Malaysia terutamanya semakin tinggi sejak pandemik covid 19.
“Kerjaya ini sejak tahun 2020, mendapat permintaan tinggi bukan sahaja didalam negara malah Singapura, Arab Saudi dan Dubai juga memohon para graduan kami untuk berkhidmat di negara mereka selepas tamat pengajian.
“Objektif kerjasama dengan YEG sebagai pembuka jalan bagi graduan kami memenuhi permintaan keboleh pasaran negara” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, sektor kesihatan negara juga telah membuka peluang kepada jururawat warga asing yang disahkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia untuk berkhidmat disini sejak Oktober 2022.
YEG Academy menyasarkan 400 graduan setahun dilahirkan melalui program ini. Selain bidang kejururawatan, YEG juga menjalin beberapa kerjasama dalam bidang pendidikan penerbangan, minyak dan gas, perhotelan serta pengajian haji dan umrah.
