9c69a5c0-ff0f-47b4-b4e9-71c739d36034

Cyberjaya – YEG Academy dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Inovatif  melancarkan Program Work-Based Learning Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) dan Ijazah Sarjana Muda (Degree) Pengurusan Haji dan Umrah.

Majlis pelancaran ini turut menyaksikan perkongsian pengalaman beberapa graduan Diploma pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) yang telah berjaya dan mendapat kerjaya dalam bidang pengurusan haji dan umrah. Hal ini membuktikan bahawa inovasi modul-modul didalam Diploma Pengurusan haji dan Umrah yang ditawarkan mengikut keperluan industri masa kini .

YEG Academy, Fakulti Pengajian Antarabangsa dan Kolej Antarabangsa Inovatif telah memperhalusi isu terkini 72 peratus lepasan SPM yang tidak berminat untuk sambung belajar dan lebih memilih untuk bekerja dengan memperkenalkan sebuah program baru, ‘Work- Based Learning’.

Ketua Pegawai Operasi YEG, Mohamad Fikri Hasbi berkata,  salah satu aspek utama program ini adalah pendekatan dalam memberi pengalaman praktikal kepada para pelajar.

Dari kiri, Alumnai Ustaz Azmi, Ketua Pegawai Operasi YEG, Encik Mohamad Fikri, Ketua Pegawai Operasi Kolej Antrabangsa Innovatif, Abdul Rahman bin Kasbi dan alumni Ismail Bin sharuddjn kini berkhidmat di Pegawai haramain andalusia travel and tours sdn bhd.

“Sudah semestinya bukan sahaja penekanan pemahaman teori yang mendalam tetapi juga memastikan mereka mampu mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam situasi sebenar industri haji dan umrah.

“Hal ini kerana program ‘Work-Based Learning’ membentuk modul pengajian dengan 12 bulan pembelajaran di dalam kelas secara teori dan 18
bulan latihan industri di tapak kerja praktikal masing-masing” katanya adalah sidang media disini.

Seramai 354 graduan sulung dilahirkan melalui pengajian Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) sejak kursus itu diperkenalkan pada Mei 2020.

Lebih menarik lagi apabila usaha ini juga mendapat sokongan oleh pakar-pakar industri antaranya seperti syarikat-syarikat pelancongan Islamik terkenal yang menawarkan latihan praktikal.

“DHUMY yang mewajibkan pelajar semester akhir menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madina sekaligus menjanjikan jaminan kerja sebaik tamat belajar” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, pada tahun depan, kedua-dua pihak akan mengorak langkah ke depan dengan memperkenalkan sistem pembelajaran berasaskan kerja (WBL). Ia adalah inovasi terkini dalam modul pendidikan tinggi yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memenuhi permintaan anak muda hari ini.

“Mengikut sistem, para peserta perlu menyelesaikan program diploma yang dipilih termasuk DHMU di mana selama 12 bulan pembelajaran di dalam kelas secara teori dan 18 bulan latihan industri secara praktikal di lapang.

“Lebih menariknya lagi tentang sistem ini, pelajar yang menjalani praktikal akan dibayar gaji penuh dan diberikan penginapan serta makanan percuma sepanjang sesi bekerja,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading