fa3cd472-8a46-4b31-9cc5-c25bd4d3ba27

Petaling Jaya – Bersempena musim cuti sekolah, Surau Perdana Damansara Perdana julung kali mengambil langkah mempermudahkan urusan syariat dengan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai.

Seramai 28 orang peserta diraikan dalam satu majlis yang diadakan di surau ini dan diantaranya merupakan 2 orang saudara baru muslim.

Para peserta terlebih dahulu dimandikan beramai-ramai dengan semburan air oleh pihak Bomba dari balai SS2, Damansara bagi meredakan ketakutan di samping mengembirakan kanak-kanak yang terlibat dengan program ini.

Ahli Jawatankuasa surau, Noor Azrin Yaakub

Ahli Jawatankuasa surau, Noor Azrin Yaakub, 47, berkata, program khatan ini mendapat kerjasama dari Hospital Sungai Buloh yang mewakilkan lima orang pegawai perubatan.

“Pengawai perubatan menggunakan kaedah electrocautery ataupun laser dimana tidak menyakitkan dan kita dapat lihat peserta hari ini tiada rasa takut.

“Bagi meredakan rasa gemuruh kanak-kanak disini, kami pihak surau juga menggunakan perkhidmatan badut untuk mereka rasa gembira” jelasnya.

Ahli Jawatankuasa surau bersama pihak bomba yang menjayakan semburan air sebelum proses khatan

Noor Azrin turut menambah, program kali ini agak istimewa apabila turut disertai dua orang saudara baru yang turut berkhatan.

“Kita ada juga dua orang mualaf yang hadir dan menjadi peserta terawal dikhatankan, Alhamdulillah perkara wajib ini diselesaikan dengan tertib dan lancar.

“Kos khatan ini bernilai RM150 seorang dan pihak surau berbesar hati memberi subsidi RM100, ibu bapa hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk mendaftar anak-anak menyertai program ini” ujarnya lagi.

Program khatan yang bertemakan ‘Free Palestine’ ini turut menyemarakkan kecintaan dan kesedaran terutama kepada kanak-kanak mengenai nasib saudara islam disana.

Surau Perdana turut berharap kerjasama dari mana-mana pihak yang berminat menjayakan program-program komuniti dan keagamaan bagi mengimarahkan lagi suasana disini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading