Kuala Lumpur – Koperasi Peneraju Usahawan Berhad (KPUB) hari ini memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) empat syarikat tempatan sebagai rakan strategik KPUB dalam bidang Agrikultur Pertanian, Projek Tenusu, Teknologi Maklumat dan Konsultansi Keusahawanan.
Pengerusi KPUB, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata kerjasama dengan empat rakan strategik itu bagi memperkasa keselamatan dan keterjaminan makana disamping meningkatkan sosio ekonomi masyarakat.
KPUB yang menjalin kerjasama dengan Circafeed Sdn Bhd, GMS Food Impex Sdn Bhd, Rich & Unique Sdn Bhd dan Genius Training Academy Pltini masing-masing bertujuan meluaskan perusahaan dan perniagaan sekali gus membuka ruang peluasan bidang pertanian.
“Penglibatan koperasi ini di semua peringkat dalam rantaian pertanian dan perkhidmatan membolehkannya mencipta ruang pekerjaan. Bukan hanya untuk ahli koperasi malah memberi peluang kepada masyarakat.
“Sebenarnya banyak lagi keperkasaan koperasi boleh diperkatakan, namun contoh di atas menunjukkan koperasi sebagai alternatif terbaik dalam memberi kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan kepada setiap lapisan masyarakat dalam sesebuah negara” katanya.
Penaung koperasi, YB Mohd Sany Hamizan berkata, KPUB juga bertindak mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber dari negara lain selaras menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merakyatkan ekonomi.
“Koperasi bertindak memberi pendedahan dan latihan kepada para usahawan agrokultur dan agrikultur dalam melahirkan gologan yang mahir.
“Saya harap sasaran 1000 ahli dapat dicapai menjelang tahun 2024 dan dibuka lebih luas kepada pelbagai kaum untuk kita lahirkan lebih ramai masyarakat yang meminati bidang pertanian dan mampu tingkatkan ekonomi dalam sektor ini” katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan KPUB kali keempat disini hari ini.
Selain itu, kerjasama strategik terbabit juga dijangka dapat memberi nilai tambah kepada operasi KPUB disamping menerokai bidang-bidang baharu yang berpotensi memberi pulangan kepada ahli-ahlinya.
