MTXX_PT20240102_071611019

Ampang – Sebuah jenama pakaian terkenal, She Dazzle kini hadir melancarkan tudung dengan edisi terhad sempena peluncuran logonya disini pada jumaat.

Trendsetter fesyen tersebut yang tidak pernah putus-putus menghasilkan rekaan terkini yang memenuhi kehendak pengikutnya dengan mempunyai lebih dari 300K pengikut atas talian sesawang telah merasmikan tudung SHESCARVERS edisi Shesquare dengan penjualan hanya 1000 helai sahaja.

Pengasas, Zarawani Salim bersama Ketua Pegawai Kewangan, Farid Ridzuan Shahul Hameed

Pengasasnya, Zarawani Salim berkata tudung dari variasi bawal ini dihasilkan dari material cotton voile berkualiti tinggi dengan motif monogram rama-rama selari logo baru yang dilancarkan.

“Kami mengeluarkan tudung ini sebagai tanda menghargai peminat dengan menghasilkan corak dari logo sendiri, jadi peminat boleh menggayakan koleksi pakaian dan tudung dari head to toe dengan jenama kami.

“Koleksi tudung ini limited edition dan Insya Allah kami akan mengeluarkan koleksi tudung lagi menjelang musim perayaan” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran SHESCARVES di Ampang Glasshouse.

Dengan falsafah reka bentuk “A wardrobe of the trendsetter” , SHESCARVES dihasilkan melalui tiga variasi tema iaitu Freedom, Hope & Love dan setiap satunya memiliki tiga pilihan corak dan warna.

Direka dengan motif monogram rama-rama, tudung yang bersaiz bidang 45 inci ini memiliki maksud rekaan tersendiri dan pilihan warna menarik.

Ketua Pegawai Kewangan, Farid Ridzuan Shahul Hameed atau lebih dikenali sebagai Mamu menyifatkan pelancaran tudung sebagai langkah baharu bagi jenama ini mengorak langkah kehadapan dalam arena fesyen lokal.

“Banyak perancangan yang telah kami susun pada tahun 2024 lebih-lebih lagi kami antara jenama tempatan yang menjadi pilihan pada musim perayaan.

“Selain fesyen dan warna yang lebih menyerlah tahun ini, kami juga bakal hadir dengan fesyen tudung juga.

“Bagi koleksi Shesquare, ini adalah pemula langkah bagi kami dan kami akan lihat bagaimana sambutan dari peminat dan pencinta fesyen” ujarnya.

Beliau juga berhasrat meluaskan empayar jenama ini ke luar negara terutama Indonesia, Singapura dan Brunei.

Dalam majlis pelancaran tersebut, selebriti media sosial Maryam Kimchi dan Puteri Zarith turut hadir memeriahkan suasana.

Dalam masa sama, persembahan dari Datin Alyah disamping para model memperagakan koleksi tudung menjadi simbolik majlis tersebut.

Datin Alyah turut berbesar hati menggayakan tudung SHAESCARVES dari koleksi Hope dengan corak dan warna Speckled Wood.

Tudung ini telah mula dijual secara online di laman web dan media sosial rasmi She Dazzle ataupun para pelanggan juga boleh mendapatkannaya di butik Wangsa Maju. Tudung ini didatangkan dalam kotak eksklusif pada harga RM49.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading