HONOR Magic V2 Malaysia Official Launch_1

KUALA LUMPUR – HONOR Malaysia memperhebat lagi persaingan dalam segmen telefon pintar boleh lipat apabila jenama berkenaan buat julung kali memperkenalkan HONOR Magic V2 yang didakwanya telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia.

Honor Magic V2 mula diperkenalkan dan dilancarkan di pasaran Malaysia malam tadi setelah ia mendapat sambutan hangat di China pada Julai lalu.

Honor Magic V2 dipasarkan sebagai telefon boleh lipat paling nipis yang hanya setebal 4.7mm dan dalam kedudukan tertutup pula kira-kira 9.9mm. Dengan berat 231 gram, peranti ini amatlah mudah dibawa kemana-mana sahaja, baik untuk keperluan rutin kerja mahupun harian. Pada masa sama turut memuatkan inovasi serba canggih yang termasuk engsel titanium ringan dan ruang antenna lebih kecil.

Untuk spesifikasi, peranti dilengkapi skrin luar 6.43-inci yang diikuti skrin dalaman sebesar 7.92-inci. Skrin sepenuhnya daripada LTPO OLED yang juga menyokong 2156 X 2344 piksel untuk skrin luar dan 1060 X 2376 piksel pula pada skrin dalam. Kedua-dua belah skrin juga menyokong kadar segar semula 120Hz, pensijilan HDR10+ dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion. 

Honor mengutamakan mudah alih menerusi struktur, pembuatan dan material yang halus serta teliti di mana hasilnya, HONOR Magic V2 mempunyai tahap nipis luar biasa dan tahan lama.

Ia mempunyai engsel yang sangat kukuh serta tahan lama dan peranti ini menggunakan engsel titanium ringan yang diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material gred aeroangkasa untuk mencapai berat dan kekuatan yang seimbang.

Berbanding penutup aci aloi aluminium, aloi titanium mempunyai 150 peratus lebih kukuh dan sangat sesuai untuk menghasilkan telefon boleh lipat yang ringan.Katanya, bagi meningkatkan lagi ketahanan, HONOR turut menggunakan keluli proprietari ‘HONOR Shield Steel’ dalam bahagian utama engsel.

Cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan dalaman 512GB digunakan sebagai tunjang utama. Bateri 5,000 disertakan juga unik dalam indutri kerana sejenis silikon karbon dibangunkan Honor sendiri. Kemudian boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 66W.

Turut melengkapi peranti ialah kamera utama 50MP (lebar) + 50MP (ultra lebar) + 20MP OIS (telefoto) dengan OIS. Diikuti juga kamera swafoto 16MP pada kedua-dua belah skrin, pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo, eSIM, NFC dan menjalankan MagicOS7.2 (berasaskan Android 13).

Peranti boleh lipat baharu Magic V2 5G di Malaysia dengan harga jualan RM6,999 sebuah. Pratempah bermula hari ini dengan hadiah bernilai RM3,247 yang termasuk Honor Choice Robot Cleaner.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading