Bangi – TV AlHijrah membuka tirai tahun baharu 2024 dengan dengan nafas baharu pengisian program-program terbaik sepanjang tahun. Pelbagai program-progam menarik dan bermanfaat telah diatur yang pastinya menjadi pilihan penonton seluruhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata,TV AlHijrah melabuhkan tirai tahun 2023 dengan pelbagai kejayaan dan rekod terbaik yang dapat digapai.
Sebagai stesen televisyen saluran islamik No 1 Malaysia, TV AlHijrah menyasarkan peningkatan 45% penonton tahun ini dengan mengekalkan visi, misi dan strategi penyiaran yang ada. Sejak penubuhannya 13 tahun yang lalu, TV AlHijrah berada di kedudukan top 5 daripada semua saluran semasa kempen #PalestinKembali. Selain itu, stesen ini melalui data AC Nielsen menjadi pilihan utama penonton sepanjang Ramadan, Syawal, Haji, Awal Muharam dan Maulidur Rasul.

Sebagai rekod, program-program menarik ini telah memcatatkan capaian penonton tertinggi antaranya; rancangan Assalamualaikum berjaya mencapai 12.5 juta screenview sepanjang tahun, Berita AlHijrah berjaya mencapai sebanyak 7.3 juta screenview, Quran@114 juga cemerlang dengan pencapaian screenview 7.3 juta setahun dan Pentas Marhaban dengan 3.2
juta screenview.
Selain itu, aplikasi AlHijrah Plus yang memiliki lebih 8 ribu kandungan tersedia dan secara langsung telah dimuat turun oleh 100 ribu pemuat turun dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Ia juga merupakan antara negaranegara yang tertinggi menonton AlHijrah Plus Live TV.
Namanzee turut menambah, TV AlHijrah kini berada di tangga lima teratas saluran TV di Malaysia dan akan memastikan lebih banyak kejayaan akan datang pada tahun ini.
“Alhamdulilah, Kini, rancangan-rancangan terbaik TV AlHijrah turut boleh dinikmati para penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.
“Bukan itu sahaja, untuk pastikan penumpang perkhidmatan ETS menikmati pengalaman dunia penyiaran di dalam perjalanan mereka, ETS Istimewa ini kita datangkan dengan look & feel program-program kita dari segi hiasan dalaman mahupun luaran.
“Saya cadangkan, ambil masa, berkelanalah bersama yang tersayang menaiki ETS TV AlHijrah.
Semakin banyak tempat dijejak, semakin banyak yang dipelajari serta semakin banyak pengalaman dilalui” jelasnya.
Bagi tahun 2024, stesen TV AlHijrah masih lagi mengekalkan konsep hiburan berilmu dengan meneroka format baharu rancangan Islamik tanpa menepikan pemerhatian khusus kepada tiga kunci utama penyiaran iaitu Patuh Syariah, Kreatif dan Popular.
Demi dakwah dan menghidupkan al-Quran dalam hati serta kehidupan seharian umat Islam di Malaysia, bertepatan 3 elemen yang disebutkan diatas, bermula 20 Januari akan datang program AKADEMI QURRA’ 2024 bakal ditayangkan.

Program yang mencatat 4.4 juta tontonan screenview secara keseluruhan di musim pertama siarannya telah menjalankan sesi ujibakat hibrid yang berlangsung hampir sebulan pada Disember 2023 lalu.
Ia menyaksikan 12 orang qari qariah berbakat, lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dipilih sebagai role model yang berpotensi mentarbiah serta melahirkan masyarakat penonton yang cintakan alQuran dan seni persembahannya.
Dua mudarrisah baru diperkenalkan iaitu Mudarrisah Suhailah Zulkifly serta Mudarrisah Nadia Hashim. Manakala, Mudarris Amar Mukhlis masih dikekalkan.
Selain itu, turut membariskan pelbagai rancangan ilmiah lain sepanjang tahun ini. Antaranya Riwayat Akhir Zaman, Quran@114 dan Carta 114. Kesemua program ini membaja ilmu, iman serta ketakwaan kepada Sang Pencipta.
Bagi penggemar rancangan 30 Minit Bersama, tahun ini TV AlHijrah bawakan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dato’ Hj Shamsuri Ahmad untuk memandu perbahasan Kitab Bahrul Mazi, yang merupakan huraian Syeikh Idris al-Marbawi terhadap hadis Rasulullah SAW yang
dipilih daripada kitab Sunan al-Tirmidzi. Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa jam 8:30 malam.
