e9e74c3c-8471-44a9-ad15-b820028c35ff

Kuala Lumpur – Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof kini mula berjinak dalam bidang perniagaan apabila bekerjasama dengan Annissa Batik menghasilkan Joe Kurta by Eizlan Yusof.

Eizlan atau nama sebenar, Idris Md Yusof, 53, berkata pada masa ini beliau merupakan duta kepada jenama Annissa My Batik dalam mempromosi rekaan kameja batik Terengganu.

“Melalui perbincangan bersama pengasas Annissa My Batik, saya mengambil peluang untuk mengeluarkan baju kurta jenama sendiri, kerana saya sendiri minat memakai kurta dengan potongan yang longgar ditambah fabrik cotton yang selesa.

“Saya sukakan apa sahaja pakaian yang selesa, mudah untuk bergerak dan sesuai dengan cuaca negara kita, jadi kurta adalah paling sesuai boleh dipakai secara kasual atau rasmi” katanya.

Datuk Sri Eizlan Yusof bersama Pengasas Annissa My Batik, Nur Annissa Hawa Zaidi

Tambahnya, untuk Joe Kurta by Eizlan Yusof ini memiliki 6 warna terpilih antaranya putih, hitam, kelabu, hijau, merah dan khaki.

“Harga yang ditawarkan bermula RM79 sahaja dengan fabrik berkualiti dan buat masa ini hanya 1,200 unit sahaja dikeluarkan dan saiz yang ada sehingga 2XL.

“InsyaAllah, jika mendapat permintaan baik dari pelanggan, kami akan cuba tingkatkan pengeluaran namun masih mengikut kemampuan kilang kerana saya tidak mahu berlaku masalah tidak dapat memenuhi permintaan pasaran” ujarnya lagi.

Pengasas Annissa My Batik, Nur Annissa Hawa Zaidi, 30, berkata pihaknya selesa bekerjasama dengan Eizlan Yusof memandangkan figura tersebut memahami kesesuaian pemakaian batik dan penggunaanya samada dalam suasana korporat mahupun santai.

“Masih dalam perancangan saya dan Datuk Eizlan untuk mengeluarkan kurta batik selepas ini, dan jika dimudahkan produk ini akan keluar pada musim Ramadan nanti.

“Diharap usaha dalam mengangkat martabat batik negara dapat dicapai dan mampu menembusi pasaran global” katanya dalam sidang media selepas memperkenalkan pop up store di KL East Mall pada sabtu.

Joe Kurta by Eizlan Yusof boleh didapati di beg kuning TikTok rasmi Annissa My Batik atau secara fizikal di KL East Mall atau Four Season, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading