eb9ade41-5293-4632-ac38-6c45755efffa

Shah Alam – Dengan pertumbuhan berterusan pemilikan kenderaan di Malaysia, industri pembaikan penghawa dingin kenderaan juga menunjukkan prospek peningkatan dan pembangunan yang luas. Mengikut data berkaitan, bilangan kereta di Malaysia telah menkcapai 20 Juta.

Menyedari peningkatan ini, syarikat Speed Car Auto Parts Sdn Bhd  sebagai peneraju mesin dan alat ganti penghawa dingin membawakan teknologi dari Jepun dan China ke Malaysia dengan mempelopori industri ini disini.

Pengasas Speed Car Auto Sdn Bhd, Yap Kwee Heng

Pengasasnya, Yap Kwee Heng, 47, berkata sebelum ini teknologi mesin automotif dibawa masuk dari negara luar dan berlaku masalah servis selepas jualan yang teruk berikutan ketiadaan alat ganti dan pengetahuan yang kurang dikalangan pengusaha bengkel.

Jelasnya, berikutan kekangan itu beliau mengambil inisiatif untuk membawa teknologi luar dan diaplikasi ke Malaysia disamping penyediaan alatan ganti yang terjamin dan perkongsian ilmu teknologi bagi mana-mana pengusaha bengkel yang berminat.

“Saya memulakan perniagaan pada tahun 2018, dan mengalami kekangan perniagaan pada tahun 2020 berikutan isu covid, kerana semua teknologi dan mesin dibawa dari negara luar dan pada masa itu kita berhadapan masalah rentas negara.

“Jadi, saya berfikir untuk membawa semua teknologi luar ke Malaysia dan SP Zone adalah yang pertama di negara ini mengeluarkan teknologi mesin penghawa dingin automotif disini dengan jenama sendiri.

“Kita bangga ada mesin berteknologi tinggi made in Malaysia” katanya dalam sidang media selepas pelancaran bangunan SP Zone Speed Car Auto Parts di Seksyen 35, Alam Impian.

Speed Car Auto Parts Sdn Bhd telah mencapai kedudukan sebagai peneraju pasaran industry dalam tempoh yang singkat disebabkan profesionalisme dan dedikasinya kepada pelanggan.

Pada masa ini juga, Speed Car Auto Parts berjaya menembusi pasaran 8 negara dari Malaysia, Singapura, China, Taiwan, Filipina, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading