MTXX_PT20240128_104718682

Shah Alam – Menyambut musim perayaan ini seumpama tidak lengkap tanpa membeli baju raya baru. Suasana ceria lebih terasa bila ahli keluarga berkumpul dengan gaya sopan dan kemelayuan.

Tidak dinafikan, terlalu banyak pilihan koleksi baju raya mengikut bajet tersendiri, namun mencari baju dengan material fabrik berkualiti sudah tentu mahal harganya.

Memandang serius mengenai perihal ini, Rosezie Collection mengambil inisiatif memperkenalkan koleksi pelbagai baju kurung, kebaya, kebarung, jubah dan pelbagai lagi pada harga mampu beli dengan tawaran fabrik berkualiti tinggi.

Pengasas butik, Ruziyati Mohamed (tengah) ketika pelancaran koleksi raya 2024

Pengasas butik, Ruziyati Mohamed, 47 , berkata memulakan perniagaan pada tahun 2012 secara jualan di booth-booth karnival dan pasar uptown. Bermula pada tahun 2023, beliau cuba meluaskan promosi jualannya ke karnival Starvendors dan mampu meraih hasil jualan tertinggi.

“Saya menyertai karnival Starvendors tahun lalu dan Alhamdulillah jualan amat memberangsangkan, bukan itu sahaja saya juga didedahkan dengan pelbagai idea kempen untuk tingkatkan lagi jualan.

“Untuk tahun ini, kita lancarkan koleksi raya 2024 dan jualan gudang lebih awal agar mampu menampung permintaan tinggi dari pelanggan” katanya.

Ruziyati menambah, bagi tahun ini pelbagai koleksi baru akan diperkenalkan antaranya baju kurung pahang cekak musang Puspawangi. Koleksi ini dijangka mampu menjadi trend terkini yang mengekalkan rekaan yang lebih klasik dan ditambah sulam bunga.

“Untuk baju pahang cekak musang Puspawangi ini, kami gunakan material cotton santana yang sangat berkualiti, ia tidak mudah renyuk, mudah digosok, tahan lama dan semestinya sesuai dengan cuaca negara kita.

“Selain itu, kami ada juga koleksi baju kebaya songket, baju kurung kedah, baju kurung sulam ayah, baju kurung moden dan banyak lagi. Kesemua harga yang ditawarkan bermula RM79 sehingga RM250 sahaja” tambahnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi 2024 di butik Rosezie, Shah Alam.

Jelasnya lagi, butiknya turut menyediakan pakaian lelaki yang terdiri dari baju melayu cekak musang, baju melayu johor dan kurta.

“Untuk koleksi baju lelaki, kami bawakan jenama The Syed sempena nama anak lelaki saya, koleksi ini sesuai untuk para lelaki yang mementingkan keselesaan dan pilihan kualiti terbaik” ujarnya lagi.

Beliau turut menambah, pada tahun ini pelbagai kempen jualan dan promosi akan dijalankan dan menyasarkan jualan RM2.5 juta.

Butik Rosezie menawarkan juga koleksi lengkap satu keluarga dan turut menerima tempahan custom made bagi sesiapa sahaja yang memerlukan rekaan mahupun saiz sendiri.

Kesemua koleksi ditawarkan pada saiz seawal bayi 6 bulan sehingga saiz dewasa 5XL.

Bagi yang sedang mencari baju raya seisi keluarga, boleh hadir ke butik fizikal di Shah Alam dan Bangi ataupun melalui pembelian di platform Instagram dan TikTok.

Turut hadir pada majlis pelancaran, selebriti Faezah Elai, Dato’ Ifa Raziah, Kak Rose, Sabhi Sadhi dan muse jenama, Syean Mokhtar.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading