MTXX_PT20240128_115457875

HONOR Malaysia memperhebat lagi persaingan dalam segmen telefon pintar boleh lipat apabila jenama berkenaan buat julung kali memperkenalkan HONOR Magic V2 boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia.

HONOR Magic V2 telefon pintar lipat alaf baru!

Jika satu masa dahulu,  saiz telefon lipat yang tebal, mudah rosak dan bateri cepat habis menjadi buah mulut orang ramai, sekarang HONOR dah berjaya atasi masalah tersebut dengan memperkenalkan HONOR Magic V2.

Dibangunkan oleh pasukan R&D global yang dianggotai seramai 8,000 orang, HONOR Magic V2 menjanjikan pengalaman baru ketika korang menggunakannya.

Memiliki ketebalan dibawah 1cm, HONOR Magic V2 merupakan telefon bimbit pertama dengan reka bentuk nipis, ringan dan premium serta dilengkapi bateri karbon silikon berkuasa 5000mAh.

Nipis & tahan lasak!

Korang bayangkan la sendiri, ketebalan HONOR Magic V2 hanya 9.9mm sahaja apabila dilipat, lebih nipis daripada telefon pintar biasa!

Hebatkan?

Bukan itu sahaja, HONOR Magic V2 juga telah diuji dan terbukti mampu menahan sekurang-kurangnya 400,000 lipatan. Ujian ini telah diiktiraf sendiri oleh SGS.

Walaupun, HONOR Magic V2 dilipat 100 kali sehari, ianya dijangka mampu bertahan sehingga sepuluh tahun. Sekaligus, menepis komen netizen kononnya telefon lipat mudah rosak dan tak tahan.

Telefon pintar lipat paling ergonomik

Lebih menarik lagi, HONOR Magic V2 menggunakan Kaca Nanohablur Generasi Kedua yang mempunyai kekuatan tahan jatuh 10 kali ganda daripada kaca biasa.

Disamping itu, skrin luarnya juga telah menerima pengiktirafan 5 Bintang daripada Sijil Ketahanan Jatuh SGS.

Punya la hebat HONOR Magic V2, semasa di awal pelancarannya di China, sebanyak 1 juta unit telefon ini telah dikeluarkan. Bahkan, menurut firma analisis pasaran Omdia, HONOR Magic V2 merupakan telefon pintar lipat terlaris di pasaran China, kerana berjaya menguasai 25% pasaran peranti pintar premium di negara tersebut.

Skrin nipis dan tidak menyakitkan mata

Skrin luar 6.45″ adalah dari keluarga OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Ia berfungsi dengan lancar dengan kemampuan mengesan sentuhan jari yang baik. Kelebihan pada Magic Vs berbanding Z Fold4 ialah skrin lebih lebar dengan nisbah skrin juga lebih menghampiri rekaan peranti candy bar. Menggunakannya secara sebelah tangan dan menaip teras lebih selesa kerana skrin tidak nipis dan memanjang.

Di bahagian atas skrin terdapat lubang untuk kamera swafoto dan juga bezel yang agak nipis. Menarik sekali Magic V2 menyokong stylus pada skrin boleh-lipat. Tetapi stylus ini tidak berikan percuma atau mempunyai tempat simpanan khusus pada tubuh.

Muka hadapan peranti ini memang kacak dan menarik bagi sebuah peranti skrin boleh lipat. Isu standard di mana skrin luar terlalu runcing tidak berlaku pada Magic V2. Pada pandang pertama tempoh hari, terdapat isu untuk mengakses kandungan 4K HDR. Pada unit ulasan yang menerima kemas kini baharu, tiada isu mengakses kandungan HDR dalam aplikasi YouTube, Neflix dan Prime Video.

Lubang kamera yang kecil diletakkan pada skrin boleh-lipat untuk sensor sebesar 16MP. Tiada sistem kamera bawah skrin. Ini bukan perkara negatif kerana setakat ini kesemua sistem kamera bawah skrin UDC yang kami pernah ulas adalah kurang memuaskan. Keputusan Honor menggunakan lubang kamera mungkin lebih baik untuk mengutamakan kualiti gambar berbanding estetik skrin.

Skrin sepenuhnya daripada LTPO OLED yang juga menyokong 2156 x 2344 pixels untuk skrin luar dan 1060 x 2376 pixels pula pada skrin dalamnya. Kedua-dua belah skrin juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan turut menampilkan 3,840Hz PWM dimming.

Rekaan yang ringan

Rekaan ialah kekuatan utama Magic V2. Engsel sisinya lebih nipis tanpa ruang kosong yang ketara apabila peranti dilipat. Kedua-dua “sayap” peranti juga lebih nipis. Dalam mod skrin tertutup sekalipun peranti tidak terasa terlalu tebal membuatkannya selesa dipegang dalam tangan. Kami merasakan ini juga membuatkan proses mencari pemegang peranti dalam kereta untuk Magic V2 juga adalah lebih mudah.

Sistem audio mantap

Selanjutnya butang laras audio pula diletakkan pada sisi bertentangan. Kemudian slot kad SIM pula diletakkan pada sisi bawah dan diletakkan bersama-sama dengan port USB-C yang boleh digunakan untuk tujuan pengecasan atau pemindahan data. Peranti juga memuatkan dua kekisi audio stereo pada bahagian atas dan bawah. Ianya cukup besar dengan sokongan audio IMAX dan DTS:X Ulra untuk pengalaman audio imersif.

Kelemahan mula kelihatan apabila peranti langsung tidak melepasi penarafan kalis air secara rasmi. Ia agak mengecewakan kerana ciri berkenaan mula menjadi tumpuan beberapa pesaing setara seperti Samsung dan Huawei pada peranti skrin boleh lipat terkini mereka. Dalam masa sama ciri kalis air juga dianggap penting pada sesebuah peranti untuk penggunaan jangka masa panjang.

Perkakasan Dan Perisian

Honor magic V2 dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan GPU Adreno 740memori 16GB RAM dan storan sehingga 512GB. Ini merupakan cip pemprosesan paling berkuasa untuk peranti Android setakat ini, yang dalam masa sama turut menawarkan sokongan 5G secara terbina. Ia juga merupakan cip yang sama digunakan pada Galaxy Z Fold5 dan Vivo X Fold 2. Dalam masa sama kapasiti memori dan storan maksimum 512GB juga dilihat lebih baik.

Peranti ini menggunakan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13 tanpa butiran lanjut mengenai tempoh masa kemas kini yang akan disokong. Sebagai rekod Honor telah memberikan kemas kini sehingga tiga tahun untuk sistem dan lima tahun untuk sekuriti pada Honor Magic V2. Antaramuka tidak menunjukkan perubahan yang mendadak, sebaliknya mudah sahaja dikendali kerana masih mirip EMUI pada peranti Huawei.

Honor dilihat turut memberi tumpuan pada perisian dengan menawarkan ciri melancarkan sehingga empat aplikasi secara terapung di skrin dan dua aplikasi serentak dengan dua aplikasi dalam tingkap besar. Pengguna turut diberi pilihan sama ada mahu memaparkan kedua-duanya secara atas/bawah atau bersebelahan dengan mudah. Ia juga menyokong kebolehan Flexible Windows dan Smart sidebar bertujuan memudahkan proses multi-tugas.

Kuasa kamera

Honor Magic V2 dilengkapi tiga kamera utama dengan tetapan 50MP lebar (f/1.9), 50MP lensa ultra-lebar (f/2.0) dan 20MP lensa telefoto (f/2.4) dengan sokongan OIS terbina. Sementara itu diikuti pula dengan kamera swafoto sebesar 16MP (lebar) dengan bukaan apertur f/2.2) juga digunakan pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam. Peranti juga membenarkan rakaman video maksimum 4K (3840×2160 pixels) dibuat pada kedua-dua belah kamera. Kebolehan zum pula boleh meningkat kepada 40X zum digital.

Contoh gambar outdoor menggunakan Honor Magic V2
Contoh gambar indoor menggunakan Honor Magic V2

Terdapat juga beberapa fungsi terbina di dalam aplikasi kamera seperti Night, Portrait, Photo, Video, Movie dan sebagainya. Dalam masa sama peranti juga menyokong AI dan HDR terbina bagi membolehkan gambar diambil dengan imbangan cahaya baik. Seperti biasa pilihan tangkapan gambar pula boleh diambil pada nisbah 1:1, 4:3 dan penuh.

Contoh gambar malam menggunakan pengcahayaan biasa tetapi hasil mantap
Contoh mode night dengan zoom
Kapasiti bateri

Bateri 4750mAh adalah sama dengan Magic V2. Ia menarik dan boleh dipuji kerana Honor mampu menawarkan bateri cukup besar dalam sebuah tubuh peranti yang amat nipis setakat ini. Bagaimanapun sistem pengecasan disediakan adalah 66W dan juga Model V2 tiada wireless charging and reverse charging.

Apa yang ada didalam kotak:

  • 1 X Honor Magic V2.
  • 1 X Kepala pengecas Honor SuperCharge.
  • 1 X Kabel USB-C.
  • 1 X Manual pengguna.
  • 1 X Kad jaminan.
  • 1 X Kerangka pelindung.

HONOR Magic V2, secara rasmi telah dilancarkan di Malaysia semalam dengan harga RM6,999.

Bagi memastikan pengguna dapat membuat pembelian tanpa rasa ragu, HONOR memperkenalkan perlindungan skrin 365 hari yang pertama dalam industri telefon boleh lipat.

Untuk pengetahuan korang, dalam tempoh 180 hari pertama selepas pembelian, jika skrin rosak, pengguna boleh menikmati penggantian percuma untuk kedua-dua skrin dalaman dan luaran.

Manakala dalam tempoh 365 hari, pengguna juga boleh memperoleh penggantian skrin dalaman dan luaran dengan diskaun 50% (satu kali sahaja).

Bagi korang yang berminat boleh membuat prapesanan sekarang di laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, termasuk pengedar sah seperti Maxis, Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Spesifikasi Honor Magic V2
Dilancarkan
Release StatusRelease 2024, Jan 16
Prestasi
CPUOcta-core (1×3.36 GHz Cortex-X3 & 2×2.8 GHz Cortex-A715 & 2×2.8 GHz Cortex-A710 & 3×2.0 GHz Cortex-A510)
ChipsetQualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
GPUAdreno 740
Memory512GB, 16GB RAM
Card SlotNo
BatteryLi-Po 5000 mAh, non-removable battery
66W wired
5W reverse wired
OSAndroid 13, MagicOS 7.2
Skrin
Display TypeFoldable LTPO OLED, 1B colors, 120Hz, HDR10+, IMAX Enhanced, 1600 nits (peak)
Display Size7.92 inches, 201.6 cm2 (~88.5% screen-to-body ratio)
2156 x 2344 pixels (~402 ppi density)
Display FeaturesCover display:
LTPO OLED, 1B colors, 120Hz, HDR10+, 2500 nits, 6.43 inches, 1060 x 2376 pixels, 402 ppi, nanocrystal glass 2.0
Badan
Body DimensionUnfolded: 156.7 x 145.4 x 4.7 mm or 4.8 mm
Folded: 156.7 x 74.1 x 9.9 mm or 10.1 mm
Body Weight237g
Body TypeGlass front, glass back or eco leather back, magnesium alloy frame, titanium alloy folding mechanism
Stylus support
ColorsBlack(PU), Purple & Black(Glass)
Kamera
Rear CameraTriple: 50 MP, f/1.9, (wide), PDAF, 8×8 dToF Laser AF, OIS + 20 MP, f/2.4, 62mm (telephoto), PDAF, 2.5x optical zoom, OIS + 50 MP, f/2.0, 13mm (ultrawide), AF
Front Camera16 MP, f/2.2, (wide)
Video4K@30/60fps (10-bit), 1080p@30/60fps, gyro-EIS, HDR10+, OIS
Selfie: 4K@30fps, 1080p@30fps, gyro-EIS
Camera FeaturesLED flash, HDR, panorama
Selfie: HDR
Komunikasi
Sim CardDual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Data SpeedHSPA, LTE-A, 5G
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6e/7, dual-band, Wi-Fi Direct
Bluetooth5.3, A2DP, LE, aptX HD
NFCYes; NFC-SIM, HCE
InfraredYes
USBUSB Type-C 3.1, OTG, Display Port 1.2
Sensor
SensorFingerprint (side-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass, color spectrum
GPSGPS (L1+L5), GLONASS (L1), BDS (B1I+B1c+B2a), GALILEO (E1+E5a), QZSS (L1+L5)
Audio
Loud SpeakerYes, with stereo speakers
3.5mm JackNo
24-bit/192kHz Hi-Res audio

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading