Kuala Lumpur – Menghasilkan tudung dengan rekaan tersendiri menjelang musim perayaan ini sudah pasti mampu menarik minat para wanita lebih-lebih lagi dengan kualiti premium pada harga mampu dibeli.
AZ Pemurah melancarkan koleksi Gempak Raya DOA by AZ Pemurah, iaitu rekaan tudung bawal cotton yang lebih segar dengan paduan warna menarik untuk digayakan, pada Aidilfitri ini.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, AZ Pemurah mengilhamkan rekaan hijab terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya cukup menawan.
Pengasasnya yang mahu dikenali sebagai Puan AZ berkata, koleksi tudung DOA dihasilkan menggunakan material cotton voile berkualiti namun dijual pada harga RM29 sahaja.
“Saya berhasrat untuk mengeluarkan koleksi yang mampu dibeli oleh semua orang, dan 30% keuntungan akan disalurkan bagi projek kebajikan yang kami lakukan sejak dulu lagi.
“Tujuan utama DOA AZ ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan kami, DOA AZ PERJUANGAN UNTUK SEMUA.
“Bagi rekaan tudung ini pula, sebanyak 150 design telah kami pilih dan hari ini dilancarkan 20 design untuk hari raya, kami lancarkan lebih awal bagi mengelak masalah kekangan pada kilang dan mampu memenuhi permintaan pelanggan” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran di Astana, Bamboo Hills.

Menariknya, setiap rekaan bertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada Aidilfitri nanti, antaranya dendeng, laksa, satay, rendang, nasi impit, pulut kuning, ketupat, bihun sup, lontong, mi kari dan banyak lagi.
Dalam masa sama, AZ Pemurah kekal selesa untuk tidak mendedahkan identiti diri dan wajahnya dimana-mana platform. Ditanya mengenai perkara tersebut, beliau menyatakan antara sebab bertindak sedemikian antaranya tidak mahu timbul perasaan riak atau bangga diri, lebih-lebih lagi ketika bersedekah dan menyantuni mereka yang kurang berkemampuan.
“Kalau niat kita baik, Allah akan bantu. Saya tak kisah walaupun ramai yang pandang negatif. Saya bersedekah pun memang ramai saja yang kecam mempersoalkan kenapa perlu buat content semua. Tujuan saya rekod adalah kerana di Malaysia dah terlalu ramai orang kaya.
“Jadi apa yang kami lakukan adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang-orang yang berkemampuan untuk banyakkan bersedekah. Sumpah tiada niat langsung untuk menunjuk-nunjuk,” jelasnya.

Di majlis pengenalan koleksi terbabit, gimik pelancaran turut menyaksikan kesemua model menaiki 11 buah kereta sport dan seterusnya memperagakan tudung Gempak Raya.
Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia dan RM31 untuk Sabah dan Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller Doa AZ yang berdaftar.
