MTXX_PT20240207_092653641

Kuala Lumpur – Rasai hidangan lauk-pauk kampung yang cukup menyelerakan di Hotel Royal Kuala Lumpur. Resipi ibunda turun temurun warisan berzaman ini dihidangkan sepanjang bulan Ramadan. Bufet Ramadan Citarasa Klasik menawarkan 150 hidangan masakan dari seluruh Malaysia.

Menurut Eksekutif Chef, Mohd Hafif Mohd Saleh, idea untuk mengabungkan ke semua hidangan masakan ini, datangnya dari air tangan ibunda dari seluruh pelusuk rantau.

Dari kiri; Eksekutif Chef, Mohd Hafif Mohd Saleh dan Kelly Azman

Iftar yang akan diserikan persembahan oleh selebriti Kelly Azman dan Ani Mayuni bermula 13 Mac hingga 4 April 2024  itu menawarkan harga pakej yang sangat berpatutan iaitu RM108.00 bersih untuk dewasa dan RM58.00 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak. Bagi pengunjung yang membuat pembelian awal, sehingga 5 Mac 2024 harga baucer dijual RM88 sahaja.

Antara yang istimewa nasi beriani dan daging masak hitam nasi kandar, kari ikan masin dengan nangka muda, gulai ikan tenggiri dengan belimbing buluh, gulai ikan tenggiri dengan timun dan ayam percik kuah kacang yang boleh anda cuba.

Hidangan istimewa cita rasa desa dengan pelbagai pilihan juadah dari seluruh negeri digabungkan dalam satu rasa sempena bulan Ramadan ini.

Menariknya, anda boleh menikmati hidangan roti canai durian yang menjadi menu signifikan disini yang dikekalkan sejak 13 tahun lalu. Roti canai yang ditebar bersama pes durian pasti membuka selera apabila dimakan panas.

Hidangan di sini mungkin tidak sebanyak juadah yang ditawarkan di hotel lain, namun ia menjanjikan kepuasan sebenar untuk anda khususnya bagi penggemar makanan melayu.

Tidak fokus pada hidangan kuih muih melayu sahaja, Hotel Royal turut menawarkan mee kari, ketupat, daging kambing bakar, ikan bakar dan macam-macam lagi.

Bagi yang berminat untuk tempahan bufet ramadan, boleh Whatsapps ke nombor talian +60 16-520 0579 atau klik link ini: https://api.whatsapp.com/send?phone=60165200579 / 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading