MTXX_PT20240209_122035498

Kuala Lumpur – Walaupun belum memasuki bulan Ramadan, namun pelbagai promosi awal pakej berbuka puasa dana makan malam telah dimulakan sejak awal Februari lalu.

Bagi yang tercari-cari lokasi iftar di ibu kota dengan tawaran harga yang mampu dibayar, anda direkomendasi ke MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur. Buat sesiapa yang tak tahu MiCasa hotel ni dimana, hotel ini terletak berdekatan dengan Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.

Berkonsepkan ‘Citarasa Khazanah’ yang disediakan oleh Chef Adrian pastinya membuatkan kita mengenang kembali keenakan juadah di kampung.

Menu istimewa seperti kambing panggang yang dimakan bersama 3 sos istimewa; sos lada hitam, sos cendawan dan sos rosemary membangkitkan selera yang wajib dicuba. Kelembutan daging yang dibakar sememangnya sedap dan berjus apabila dikunyah.

Selain itu, menu wajib cuba disini adalah Daging masak hitam, Asam Pedas Ekor, Sate ayam dan daging, ayam dara goreng, ikan bulu ayam goreng, gulai lemak, Ayam masak kerutuk dan pelbagai lagi yang menjadi ‘killer’.

Bagi peminat kuih muih melayu, pelbagai menu tradisional boleh dinikmati disini termasuk hidangan bubur chacha, bubur jagung dan bubur pulut hitam.

Untuk yang mencari hidangan makanan laut, sudah tentu tidak dilupakan dengan ‘Lautan Seafood’ antaranya, ketam, udang, sotong, kepah dan isi ikan yang boleh dimakan dengan pelbagai sambal klasik seperti belacan, tempoyak, sambal hitam, budu dan sebagainya.

Terdapat dua set pilihan menu ditawarkan pada harga RM168 untuk dua orang dewasa dan promosi bermula dari 12 Mac hingga 3 April 2024. Bagi promoi early bird bermula 29 Januari sehingga 28 Februari pada harga RM119 bagi dewasa dan RM95 untuk warga emas dan kanak-kanak. Promosi ini juga menawarkan pembelian berkumpulan beli 10 percuma 1.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-2178 8000 atau Whatsapp 017-2196126 atau emel kepada fnbkul@micasahotel com.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading