Kuala Lumpur – Berbuka puasa bersama keluarga, sahabat handai mahu pun rakan perniagaan membawa seribu erti selain mengeratkan lagi hubungan.
Tambah pula menikmati hidangan ala kampung yang menyediakan aneka pilihan menu, pastinya menambahkan kemeriahan sekali gus menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan semangat kebaikan dan kebersamaan dalam suasana menggembirakan saat berbuka puasa.

Sepanjang Ramadan ini, Hotel Maya Kuala Lumpur menerusi Ballroom Hotel menawarkan bufet berbuka Ramadan dengan konsep ‘Seloka D’Maya’ yang menyajikan hidangan mewah ala kampung sebagai hidangan utama bagi umat Islam beriftar.
Terdapt lebih 100 menu yang boleh dinikmati oleh para pelanggan bermula daripada masakan tradisional Melayu sehingga kepada hidangan versi barat yang digabungkan bersama menu kontemporari lain, pastinya para pelanggan yang menempah bufet Ramadan tahun ini di Ballroom Hotel Maya KL tidak akan kecewa.
Menerusi promosi ini, pengunjung boleh menikmati hidangan panas antaranya nasi beriani ayam, nasi tomato, kambing masak kurma dan daging asam pedas, rendang ayam, sambal bilis, gulai ketam nenas dan banyak lagi.



Kerabu mangga, pucuk paku kerang, kerabu kacang buncis, kentang berlada ikan bilis, mi sup utara dan asam laksa juga antara menu yang pastinya membuatkan anda pulang dengan kegembiraan.
Selain itu, menu barat turut disediakan antaranya aglio olia, carbonara, salad dan kambing panggang ditambah pelbagai jenis kuih muih melayu termasuk pemanis mulut yang lain.


Bufet Seloka D’Maya tahun ini menyediakan keunikan tersendiri, dan para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan live band yang mendendangkan lagu-lagu Melayu serta berunsur ketuhanan bersesuaian dengan suasana Ramadan.


Untuk tahun ini harga bufet Ballroom Hotel Maya KL bermula dari RM79 untuk kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun, RM109 bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM147 pula untuk pelanggan dewasa. Jika pelanggan menempah sekarang sehingga 15 Februari nanti, harga istimewa untuk dewasa ditawarkan iaitu hanya RM127 sahaja.
Bufet Seloka D’Maya ini akan bermula pada 12 Mac iaitu hari pertama Ramadan sehingga 7 April 2024.

Untuk tempahan, hubungi talian 011-11307116 atau www.hotelmaya.com.my
