SKY05034

Kuala Lumpur – Bagi memperluas hubungan perniagaan sekali gus memperkenalkan acara kepada seluruh usahawan dan rakan niaga di Malaysia, Modest Fashion and Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 dianjurkan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur bermula Khamis lalu.

Dianjurkan oleh Kreasi Mode International, acara itu menggabungkan seramai 66 usahawan dunia khususnya golongan wanita dalam pelbagai latar perniagaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ayu May Fakih, acara tersebut disasarkan untuk menggabungkan lebih ramai usahawan wanita dalam usaha menjalin sinergi positif dalam bidang perniagaan di seluruh dunia.

“Sebagai usahawan wanita di mana pun kita berada, saya percaya, kita semua akan bergerak lebih baik dalam bidang perniagaan sama ada fesyen atau tidak jika sama-sama saling bergabung dan menjalinkan kerjasama.

“Menerusi penganjuran MFWS 2024, saya mahu menggalakkan lebih ramai golongan usahawan wanita untuk berani membuka diri dan saling berkenalan untuk belajar satu sama lain dan bergandingan tangan bagi menjana ekonomi lebih baik,”katanya.

Beliau menambah, negara sahabat antaranya Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, China perlu berkerjasama membawa rekaan modest ke peringkat global.

“Kita mampu setanding jenama-jenama besar luar negara kerana kita ada komunitas pereka fesyen hebat yang berkaliber, setiap rekaan mereka seperti baju, tas tangan, gaun, kasut, aksesori malah alat mekap juga berkualiti dan sama hebatnya.

“Kami juga ingin mula membangun hubungan satu sama lain. Di sini kami saling berkongsi mengenai halangan dan pelbagai persoalan lain selain menegaskan bahawa kalau ingin maju sama-sama, kita harus bersatu,” tambahnya lagi.

MFWS 2024 berskala internasional ini menyaksikan penyertaan 22 negara yang menyaksikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah. Acara ini akan dilebarkan ke Qatar menjelang akhir tahun 2024.

Majlis berkenaan turut dihadiri seramai 25 peserta dari berbagai jenama perniagaan dan organisasi antaranya, Cotton Seri Shafa, SriC antaranya andy, Sacoor Pavilion, Qoda, Asosiasi Fashion Indonesia, Prominent Syntax, Alynz Dressy, Zayana Yazed Creations Academy & Atelier, Jendela Spa, Salome, Bujins L Batik, Buttonscarves, Fimela, Batik Trusmi, Wiwek Hatta dan banyak lagi.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah penulis novel terkemuka Indonesia, Asma Nadia dan selebriti Wardah Malaysia, Dayah Bakar.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading