PUTRAJAYA – Bersempena musim cuti persekolahan, Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya menganjurkan Karnival VIKids bermula 23 Februari sehingga 10 Mac 2024.
Karnival itu membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan menyeronokkan untuk ahli VIKids. Karnival ini berlangsung selama 17 hari menjanjikan pengalaman imersif buat seisi keluarga mereka.
Karnival & Aktiviti Buat Para Pengunjung
Ruang “Centre Court” kini tampil dengan suasana karnival meriah di mana atmosfera karnival tersebut dihiasi khemah berwarna putih dan merah sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Bukan itu sahaja, ada juga persembahan karnival menarik berlangsung pada hujung minggu.

Shoppers Rewards Programme
Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malah ahli VIKids juga berpeluang merebut ganjaran menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”.
Sebarang pembelian berjumlah RM300 dan ke atas di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak eksklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.
Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah percuma. Kereta kuda putar, permainan karnival menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalaman menarik buat si cilik.


Kanak-kanak bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit.
Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids berpeluang memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.
Pada hujung minggu pula, karnival ini akan menampilkan persembahan seperti seni reka bentuk belon oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ dan pertunjukan ahli silap mata.

Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain mencipta memori berkekalan.
“Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami.”
