Kuala Lumpur – Jenama fesyen tudung, Ariani melancarkan koleksi Ariani Lebaran 2024, berkonsepkan ‘1001 Tales of Ariani’ iaitu rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna menarik untuk digayakan, pada Aidilfitri ini.
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, Ariani mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya cukup menawan.
Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI. Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.
Katanya, berpaksikan identiti jenama itu koleksi selendang dan hijab pada harga berpatutan seiring dengan kualiti tudung dijual di butik fizikal dan secara dalam talian yang disasarkan pelbagai peringkat usia,” katanya pada Pertunjukan Fesyen Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.
Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam. Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna,
menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. Kesemua koleksi tudung ARIANI LEBARAN 2024 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.
Koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Ariani sedia dipakai (RTW) pula menampilkan 110 koleksi lebaran merangkumi kurung moden polos, kurung bercorak moden, kaftan dan jubah. Rekaan seni cetakan dalam nuansa pastel dan ‘vibrant’ menyerlahkan lagi imej wanita bagi meraikan Aidilfitri.
“Kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’.
“Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan.
“Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya” jelasnya lagi.

Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.
Selain itu, bagi memeriahkan majlis dihadiri lebih 800 orang, turut ditampilkan persembahan penyanyi terkenal Jamal Abdillah dan Zizi Kirana.
